Saturday, 15 December 2012

2012, Nov 17, Kayuhan Touring Segamat ke Singapura-Day Three

Hari ketiga, hari Sabtu, malam ini kami akan berkayuh masuk ke Singapura. Sebenarnya inilah major event untuk ride kami kali ini. Abg Dzulkapri Hakim sekeluarga semua nya telah keluar awal2 pagi untuk melawat keluarga mereka disekitar JB. Kami pula, masih bermalas2 hingga waktu check out, kerana kami tiada agenda utk hari ini.
Di lobby Hotel CIQ, Johor Bahru.


Sekitar Jb Sentral
Apabila tengahari, setelah Abg Dzulkapri tiba dan juga Su sampai ke hotel kami, kami pun check out, manakala abg Dzulkapri check in semula ke bilik lain. Kemudian Su membawa kami ke stadium Larkin utk makan tengahari. Disini terdapat buffet yang cuma berharga rm10 seorang. Sangat murah kerana lauknya berbagai jenis.

Setelah makan tengahari, kami memutuskan utk berjalan2 di komplex beli belah di JB. Su mencadangkan supaya kami pergi ke JB city square kerana berdekatan dgn JB sentral. Jadi selepas kami ditinggalkan di hotel CIQ, kami pun berjalan kaki sahaja ke JB sentral dan kemudian nya kami ke JB city square. Ketika kami disana, hujan telah turun dgn lebatnya. Saya risau gak kalsu2 kami tak dpt berjalan kaki ke hotel CIQ utk bertemu member2 lain di sebabkan hujan itu. Mujur dlm pkl 6.30 ptg, kami sempat meredah hujan renyai2 ke hotel. Tiba disana, Ashburn telah pun sampai setelah kami dikejutkan dgn berita kereta dia kemalangan ketika mereka berada di Kulai. Saya perhatikan, cuma bumper belakangnya agak remuk sedikit. Tapi ada lagi satu peristiwa yang berlaku pada Ashburn tg tidak dapat dilupakan, rupa2nya dia kehilangan anak kunci kereta setelah park di depan hotel. Puas gak kami membantu mencarinya, rupa2 poket dia koyak dan anak kunci itu berada di kaki seluar dia. Anak kunci itu tidak jatuh kebawah kerana seluar Ashburn itu double layer. Hehehe...

Bersiap2 untuk memasuki Singapura
 Pada pkl 8.30 mlm, semuanya dari group C2see telah berkumpul di depan hotel CIQ. Ada lebihkurang 10 org semuanya. Rupa2nya masih terdapat 12 org dari group JB menunggu kami di enterance tambak Johor. Jumlah kesemuanya ialah 22 orang. Mereka ini terdiri dari group PTK, KBC dan Wacycle. Meriah sungguh. Tetapi apabila ramai, macam biasa, lambat lah sikit utk melepaskan dari immigresen. Satu demi satu terpaksa menulis embarkment form sebabnya bergilir2 meminjam pen. Mujurlah kami telah mengisinya terlebih dahulu sewaktu kami di hotel lagi.

Apabila masuk sahaja ke Singapura, kami berhenti di sebuah parking di Woodlands. Tujuan kami ialah untuk menunggu Rahim Resad, guide yang akan membawa kami pusing2 sekitar Pulau Singa itu. Tempat-tempat yang kami lalui malam itu adalah seperti berikut; Woodland Town Center Carpark- Woodland Residential estates (perumahan kerajaan Singapura)- Woodland Avenue 12-Ulu Sembahwang Park-Mandai Road-Ulu Sembahwang Road-Yishun Dam-Seletar Airport-Ponggol Marina/Ponggol Dam- Ponggol Waterway-Serangoon River-Houngang Central-Upper Serangoon Road-Mount Vermon-Gullimard Road-Nicoll Highway-Kallang River-Singapore Flyer-Singapore F1 Circuit-Marina Bay Waterfront-Merlion Park-Singapore River-Bukit Timah Road.
Perjalanan kami pada malam itu.
Rahim Resad, guide kami pada malam itu.
Rehat time
Makan Time.








Kami tiba semula ke Tambak Johor pada lebihkurang pukul 6.30 pagi, dan group terakhir tiba adalah lebihkurang pada pukul 7.30 pagi. Saya, Raha dan Faiz terpaksa bergegas pulang ke hotel dan kemudiannya kami ke JB Sentral untuk mengejar keretapi kami yang dijangka tiba pada pukul 8.50 pagi. Mujur segala nya selamat dan kami sampai tepat pada masanya. Jarak perjalanan kami untuk malam itu adalah 96km dan jarak keseluruhan kayuhan selama 3 hari itu adalah 295 km. Boleh tahan jugak untuk basikal lipat. Selalunya org menjangkakan basikal lipat hanya berupaya untuk dikayuh sekitar taman dan cuma larat berkayuh sekitar 35 hingga 50km. Tapi kami berjaya mengayuhnya hingga purata 100km satu hari. Insya Allah, satu hari nanti, saya akan mencuba membawa basikal lipat ini untuk touring ke luar negara lagi. Dan mungkin kali ini, lebih dari 3 hari.



Selamat Tinggal JB dan Singapore, terima kasih kepada group JB dan Singapore yang membawa kami kesana, insya Allah, lain masa kami akan menjelajah Singapura lagi, mungkin siang hari pula kali ini.

2012, Nov 16, Kayuhan Touring Segamat ke Singapura-Day Two


Hari ini, kami memulakan perjalanan pada pkl 6.30 pagi. Raha, Su dan Faiz sempat bersarapan lagi sementara saya hanya minum nescafe sahaja. Lazim nya bila berkayuh, saya jarang sangat bersarapan. Sekadar dapat minum minuman panas sahaja sudah memadai. Jaga perut.. hehehe
Setelah bergambar dihadapan hotel, kami pegi ke petronas yang berada diseberang jalan. Cukup convenient tinggal di hotel budget air hitam ni, segala2 nya ada disekeliling hotel.. cuma harganya aja yang kurang budget.. hehehe... Tujuan kami ke petronas tu, seperti biasa adalah untuk membeli air mineral dan keperluan lain.



Setelah semua keperluan dibeli, kami pun mula bergerak menuju ke JB. Jam menunjukkan sudah pkl 6.50 pagi. Pada ketika ini kelihatan ramai pekerja asing yang juga berbasikal untuk ke tempat kerja. Saya rasa mereka ni berkerja di kilang2 pasu yang banyak terdapat disini. Kami bersaing berkayuh sama dengan mereka, macam warga asing gak... hehehehe

Cadangam perjalanan kami hari ini. Tetapi sebenarnya hingga ke JB.


Jika anda keluar dari pekan air hitam, di sebelah kanan anda, ada sebuah memorial perang dunia kedua. Tempat ini lebih kenali sebagai Air Hitam War Memorial. Jika dari jalan besar, pintu gerbang lebih kelihatan seperti jirat Cina, kerana ianya cuma menampilkan tulisan Cina. Saya di pahamkan oleh seorang yang sedang ber jogging di sini bahawa memorial ini di bina untuk menghormati lebih 60 orang kaum Cina dibunuh oleh askar Jepun ketika perang kedua dahulu. Kami bergambar disini, sementara Raha menanti kami di jalan besar sahaja.

Di war memorial Air Hitam.
Kemudian kami meninggalkan War Memorial itu dan mula berkayuh ke destinasi kami. Lebihkurang 5 km kami jumpa lagi satu tempat tarikan di Air Hitam, iaitu "Tropical Village". Ada taman tema di dalam nya, tapi kami tak berpeluang masuk kerana perjalanan kami agak jauh hari ini, sekitar 100 km. Memadailah dgn mengambil gambar di luar sahaja. Saya di fahamkan, disini juga terdapat chalet untuk disewa.

Tropical Village, Air Hitam.
 Jalan menuju ke pekan Machap, berlainan dari jalan yang kami lalui semalam. Semalam, bahu jalan sungguh lebar, manakala hari ni, jalan agak sempit dan bahu jalan tiada. Sangat bahaya sebenarnya. Saya rasa selamat sikit dengan memakai safety vest. Kelihatan lebih jelas sikit apabila dijalanraya. Dan lagipun disini rasanya lebih banyak kenderaan besar yang melalui jalan ini. Adalah lebih baik 'to be visible', bak kata orang putih.



Dalam pkl 8 selepas melepasi pekan Machap, kami tiba di sebuah gerai yang unik jualan nya. "Puyoh Golek"... hehehe.. sebenarnya saya dah tahu mengenai gerai ni, apabila anak sedara Raha post dlm Facebook mereka. Sepanjang jalan tadi, saya tinjau gak kalau2 ada gerai tu, rupa2nya ianya selepas Pekan Machap. Malang bagi kami, kerana gerai itu cuma dibuka pkl 11 pagi. Terlalu awal, jadi kami tak dapat merasa "puyoh golek" tu... hehehe.. tidak apa, mungkin lain kali kami boleh merasa, cuma kena pastikan kami tiba pada waktu jualan nya.

Kami bergerak lagi, selepas Machap, kami bertemu pula dgn pekan Simpang Renggam. Sibuk sikit disini, jadi kami terpaksa berhati2... nak masuk simpang pun kena tengok betul2 kenderaan dari belakang. So far, tiada apa yang menarik kat pekan ni, banyak shop lot je, jadi kami terus aje berkayuh tanpa berhenti. Apabila dah melepasi pekan simpang renggam, kami berhenti sebentar di sebuah perhentian bas. Rupa2nya Su sedang menanti kedatangan kedua-dua kawan nya semalam, Bernie dan Suzie. Mereka tiba dgn kenderaan Ford Ranger mereka. Kali ini, Suzie pulak yang berkayuh sementara Bernie memandu.

Lebihkurang pada pukul 9.30 pagi, kami singgah di sebuah gerai di kawasan yang bernama kg batu nyamok, Layang-layang. Kali ini kami singgah untuk bersarapan kali kedua. Bagi diri saya, memang agak laparlah, sebab nya pagi tadi, saya cuma minum nescafe je, yang lain saya tengok cuma jamah kueh je, manakala saya makan lontong.



9.45 pagi.. kami kayuh lagi.. Bernie masih jadi pemandu support car kami, dia menunggu kami ditepi jalan sambil mengambil gambar dan bila kami semua sudah melepasi nya, dia akan memandu kereta semula kehadapan dan menunggu kami semula.

Jalan disini agak sempit tetapi kenderaan besar yang melalui jalan ini memang banyak. Apabila kami menghampiri Air Bemban, sesuatu telah berlaku, Raha tak semena2 hilang kawalan dan jatuh diatas jalanraya. Mujur ketika itu tiada kenderaan dari belakang. Saya cepat2 meletak kan basikal, dan cuba membantu, tetapi dia dah bangun terlebih dahulu. Ketika itu cuma Raha, saya dan Faiz aje yang berada distu, sementara Su, Suzie dan Bernie telah berada jauh di hadapan kami. Jadi mereka tidak tahu mengenai perkara ini. Saya cadangkan kepada Raha supaya menumpang Bernie aje, akan tetapi apabila saya call Su, dia tak angkat talipon. Jadi kami kayuh dulu ke hadapan, mencari tempat yang sesuai utk menunggu support vehicle.



Apabila sampai di Kg Air Manis, terdapat sebuah kedai runcit yang kecil distu, saya beritahu Raha supaya menunggu disitu sementara saya mencari Bernie di hadapan. Rupa2nya Bernie tak berapa jauh dari kami, selepas saya sampai ke Air Bemban, kelihatan Ford Ranger nya disitu. Saya terus meminta dia berpatah balik utk mengambil Raha. Ketika itu, kami sudah berkayuh lebih 50 km dari Air Hitam. Dia pun berpatah balik untuk mengambil Raha yang sedang menunggu di tepi jalan. Saya dan Faiz tak buang masa, terus berkayuh, cuaca dah mula panas, jam menunjukkan pkl 11 lebih, dan masih ada lebih 50 km lagi untuk dihabiskan. Kami bertemu dgn Su dan Suzie yang sedang berehat disebuah perhentian bas. Tak lama kemudian Bernie dan Raha pun tiba. Setelah berkayuh separuh jalan, maka Suzie pun bertukar tugas dgn Bernie. Dia pula memandu support vehicle kami.



Perjalanan diteruskan, kami singgah makan tengahari di Kulai Jaya dan kemudiannya dalam pukul 1.30 tengahari, kami sambung kayuhan kami. Kini rentak kayuhan kami berbeza kerana bermula dari Kulai Jaya, jalan nya sudah semakin besar dan kenderan semakin banyak dan laju. Kecut gak perut melalui celah kereta yang bersimpang siur. Kayuhan kami sekitar 25 ke 30km sejam. Agak laju untuk basikal foldie. Jarak perjalanan kami melalui jalan sebegini adalah lebihkurang 25 km, melalui Skudai dan juga Danga Bay
.
Akhirnya pukul 2.50 ptg, kami tiba di dataran Johor Bahru. Sempat lagi kami berehat dan bergambar. Saya cadangkan kepada Bernie supaya mencari tempat untuk minum dan Su memberi cadangan supaya singgah di Kemayan. Disini terdapat banyak gerai yang menjual bermacam2 makanan. Saya cuma ingin minum sahaja. Memang terasa penat hari ni. Raha order Roti kacang bol, sesuatu yang unik dan tidak terdapat di KL.

Apabila kami tiba di hotel kami, saya melihat meter saya sudah pun sampai ke 198 km utk dua hari. Makna nya hari ni kami berkayuh 103 km... not bad untuk basikal lipat. Jika boleh mencapai 100km dalam satu hari, saya rasa basikal lipat pun boleh juga utk di bawa touring.  So far saya rasa selesa gak mengayuhnya, dan tak terasa seperti saya mengayuh basikal mempunyai roda 20 inci sahaja.




Nama hotel yang kami menginap ialah CIQ hotel. Ianya terletak di jalan lumba kuda dan ianya hanya sekitar 500 meter dari JB sentral. Harga untuk 1 bilik dgn queen bed adalah rm88, manakala bilik dgn 1 single bed berharga rm68. Su memilih untuk tidur dirumah nya sahaja, kerana dia memang berasal dari JB, makala saya dan isteri mengambil bilik queen bed dan Faiz terpaksa ambil bilik single bed.



Selepas maghrib, Su datang kehotel kami dan membawa kami melihat-lihat di pasar karat yang berdekatan aje dgn hotel kami, selepas itu, kami dibawa ke Kempas utk menikmati sate Wak Radol, yang katanya famous di JB. Apabila kami pulang semula ke hotel, abg Dzulkapri dan keluarga pun tiba di hotel itu juga, kerana mereka pun akan menginap disana.



Esuk kami mungkin cuma berehat sahaja sambil menunggu masa untuk memasuki Bandar Singa yang dikatakan telah mencapai status negara maju di Asia Tenggara.

2012, Nov 15, Kayuhan Touring Segamat ke Singapura-Day One

Semalam, kami telah berbincang untuk memulakan perjalanan kami seawal mungkin, bermacam-macam cadangan dikeluarkan.. start pkl 6 lah, start pkl 4 lah... akhirnya kami bersetuju untuk memulakan perjalanan selepas subuh.Tetapi sesuatu telah berlaku di awal pagi itu.

Pada lebihkurang pukul 5 pagi, Faiz telah mengejutkan saya, "Li, ada kecoh-kecoh kat bawah tu"... saya pun bangun... memang jelas dengar suara orang bertempik di bawah. Saya lihat ke tingkap, kelihatan ada seorang lelaki berjaket hitam menuju ke kereta. "Apa hal?", saya tanya Faiz. " Entahlah... mungkin kena pau tak?" jawap Faiz. Tak lama kemudian, kelihatan sebuah kereta lagi datang, di ekori oleh sebuah kereta polis. Hilang lah kerisauan kami sebab tentu perkara ini telah selesaikan oleh pihak Polis.

Kami turun ke lobi hotel.... mak.. oii.. banyak nya darah di lantai lobi. Saya bertanya kepada orang Cina yang berada di reception tu.." taukeh, apa jadi?".. ada orang mabuk, gaduh lah". Hmmm... tak tahu lah betul ataupun tidak cakap Cina tu.. saya check basikal kami di meeting room. Semuanya selamat, tak nampak ianya telah diganggu. Itu yang penting, sebab kami akan memulakan perjalanan kami, jadi, kalau ada sesuatu yang terjadi, nanti cancel lak trip ni.
Group photo didepan hotel Chin Hua sebelum bergerak.

Kami mengeluarkan basikal satu persatu... kemudian, saya perasan basikal isteri saya pancit di tayar hadapan.. alahaiii...kena tukar dulu. Dah tentunya saya kena settledkan dulu, sebelum kami memulakan perjalanan. Selepas sudah di tukar tiub basikal isteri saya, kami pun mula bergerak melalui Jalan Segamat, menuju ke Labis. Ketika itu sudah pun pukul 7 pagi. Cuaca nampak cantik, dan saya jangka tiada hujan pada hari tu.



Jalan disini agak lebar, lebih besar dari jalan biasa dan bahu jalan nya lebihkurang 3 hingga 5 kaki lebarnya. Best gak jalan disini.. buat masa ni, di pagi hari, masih kurang kereta tetapi sesekali ada gak treler panjang yang menyusuri laju di jalan ini. Setelah lebihkurang 16 km dari Segamat, kami berhenti untuk sarapan di suatu tempat bernama Tenang. 3 tahun lepas, ada banjir besar disini. Tetapi alhamdulillah, tahun ni, kering je, tak nampak tanda2 nak banjir.
Menuju ke Pekan Tenang.

Tak banyak jenis makanan yang ada di gerai ini, cuma nasi lemak, mee goreng dan bihun goreng aje. Saya meminta telor goreng, itu pun mereka tak dapat nak buat sebab mereka tak memasak disitu. Raha, Su dan Faiz makan nasi lemak, manakala saya memakan bihun aje. Yang menarik nya disini ialah pelayan nya ramah tamah, sebabkan mereka ternampak kami berkayuh semasa di Segamat lagi. Jadi banyak lah soalan ditanya. Ada seorang kakak tu siap bagi nasihat kepada kami.. "bagus naik basikal... lutut awak dah tua pun tak sakit... akak dulu pun naik basikal jugak".. hehehehe.. "jom le kak ikut kita orang naik basikal ke Singapura"... hehehehehehe.
Dihadapan Majlis Daerah Labis
Kami tak tunggu lama sangat disini, selepas makan aje, kami terus beredar. Jauh lagi perjalanan kami. Ada 74 km lagi rasanya. Pekan yang kami temui selepas ini adalah Pekan Labis. Sempat lagi kami bergambar di hadapan majlis bandaran nya. Kayuhan kami sekitar 16 hingga 18km sejam. Jalan nya pun ada yang berbukit2 gak, tetapi sekitar 100 meter sahaja. Kawasan yang banyak berbukit2 adalah di sebelah Bekok, tetapi oleh kerana masih pagi lagi, jadi kami tak berapa kisah sangat. Dalam pukul 12.30 tengahari, kami tiba di sebuah tempat bernama Lam Lee... hehehe.. pelik gak nama tempat ni... mungkin nama orang Cina agaknya. Kerana di hadapan nanti kami akan bertemu dgn pekan Yong Peng. Juga nama Cina. Kami singgah makan di sebuah kedai asam pedas ikan sungai disini. Nampaknya macam ramai orang berhenti makan di kedai ini. Mungkin sedap. Selain Faiz, kami semua memilih untuk memakan asam pedas. Faiz makan nasi goreng aje.
Raha di depan kedai Asam Pedas Ikan Sungai Lam Lee, Yong Peng.
Kali ini, Raha 'terkena' sikit bayaran yang mahal.. hehehe.. sepinggan nasi.. kepala ikan merah dan air milo ais, harganya rm22. Hehehe.. dia dah dapat kepala ikan, jadi harga satu kepala ikan merah ialah rm20. Apa nak buat, dah makan, bayar aje lah. Mujur saya makan ikan baung kena rm10 aje. Dalam masa kami sedang makan tu, kawan Su menalipon Su dan mengatakan mereka akan join kami berkayuh. Tetapi ketika itu mereka berada di Segamat lagi, agaknya. Tak kisah lah tu, kerana mereka memandu kereta.. tentu boleh catch up dengan kami.

Menghampiri Pekan Yong Peng


Kami meneruskan lagi perjalanan kami. Cuaca memang panas, dan kini kami boleh terasa bahang nya di kepala kami. Helmet basikal tak membantu untuk menyejukkan kepala. Jadi saya memakai topi orang memancing, berserta helmet diatasnya sebagai protection. Kemudian, saya menutup muka saya dgn head buff. Sebelum kami sampai ke pekan Yong Peng, kami bertemu kawan Su, seorang bernama Suzie dan seorang lagi bernama Bernie. Bernie mengeluarkan basikal nya dari belakang Ford Rangernya sementara Suzie akan memandu dan juga menjadi camera woman. Satu kelebihan Suzie ni, dia suka mengambil gambar kemudian post ke FB secara live... hehee.. bagus gak ada orang rajin ni.



Jam menunjukkan pukul 1.30 tengahari, kami bergerak lagi setelah berehat di tepi jalan sambil menunggu Bernie mengeluarkan basikal. Lebihkurang 10 minit kemudian, kami tiba di Yong Peng. Faiz sempat bergambar disini. Ada satu masjid disini yang unik nya menawarkan tempat penginapan yang selesa dgn harga rm20 semalam. Tapi destinasi kami adalah di Air Hitam dan bukan nya di Yong Peng, jadi kami bergerak terus. Selepas menyusuri pekan Yong Peng, Raha nampak keletihan. Kami telah pun berkayuh sejauh 80km. Jarak yang terjauh Raha pernah kayuh dengan basikal lipat adalah 67km sahaja. Itupun pagi 33.5 km, petang 33.5 km.. jadi berkayuh 80 km berterusan memang meletihkan. Basikal lipat tidak seperti basikal bersaiz roda 26" ataupun 700c. Basikal lipat memerlukan penunggang nya berkayuh lebih banyak lagi kerana rodanya cuma 20". Jika stamina tak ada memang memenatkan.



Kami berdua berehat dudlu disebuah gerai selepas pekan Yong Peng, manakala Su, Suzie dan Faiz mengayuh terus ke Air Hitam. Jarak ke Air Hitam masih ada 16 km lagi, tak jauh sangat, tetapi kalau berbukit2... penat gak. Setelah berehat lebihkurang 15 minit, kami pun bergerak, jalan di hadapan seperti saya jangka adalah menaik bukit. Gradient nya sikit, tetapi setelah 80 km berkayuh, memang lah rasa berat sangat kaki. Yang bagusnya ialah cuaca masih baik, dan tak nampak tanda2 nak hujan. Jadi kami boleh kayuh perlahan2 dan berehat seberapa banyak yang kami mahu. Tiba kami di Kg Abdul Ghaffar, lebih kurang 10 km dari Yong Peng, kami singgah sebentar di sebuah surau disitu. Ketika itu Faiz menalipon saya dan memberi tahu dia sudah hampir ke pekan Air Hitam. Saya tengok jam, dah pkl 3.30 ptg. Saya pun memberitahu arah dimana hotel yang akan kami menginap dan meminta dia check in dulu.

Dalam pkl 3.45 ptg, kami mula meninggalkan surau tersebut, dan mula berkayuh semula. Jalan masih lagi memanjat bukit, hingga kami tiba lebihkurang 1 km dari Air Hitam, barulah menurun bukit hingga ke simpang 4. Disimpang ini adalah simpang ke Kluang, Baru Pahat, dan jika terus, ke JB. Air Hitam ni terkenal dgn jualan pasu dan barang2 cenderahati. Tetapi saya dan Raha mempunyai tujuan berbeza. Dia membeli putu bambu Air Hitam kegemaran dia, dan saya mencari murtabak special. Harga murtabak special ini adalah rm15 sekeping, tetapi rasanya sedap dan sangat besar. Kalau nak makan kena cari 4 orang.. kalau tidak memanglah tak habis. Saya cuma membungkusnya untuk di makan di hotel bersama Faiz dan Su. Raha pun sama gak macam saya, membungkus putu bambu untuk di makan bersama di hotel.

Hotel Air Hitam dimana kami menginap.


Apabila kami tiba dihotel dalam pkl 4.30 ptg, saya call Faiz mengajak dia turun ke sebuah restoran mamak di bawah hotel tersebut. Rupa2nya Su pun tengah lepak kat restoran ini jugak sambil menggunakan wifi utk check Facebook. Kiranya semua berpuas hati dgn kayuhan hari ini. Jarak perjalanan kami ialah 95 km, start pkl 7 pagi dan sampai pada pkl 4.30 ptg. Faiz dan Su sampai pkl 3.30 ptg, 1 jam lebih awal dari kami... manakala Suzie dan Bernie meneruskan kayuhan mereka hingga ke Simpang Renggam.

Nama hotel yang kami menginap adalah Air Hitam Budget hotel yang terletak bersebelahan dgn exit Plus Highway. Harga bilik utk 2 katil single adalah rm98. Dimalamnya pula, kami cuma makan di restoran mamak tadi sahaja. Kesemuanya takda mood nak ke pekan, cuma ingin berehat aje malam tu. Esuk awal pagi, kami akan berkayuh ke JB pula.




Tuesday, 11 December 2012

2011 April 17 -Kemaman- Paka - Kemaman - 130km ride

2011 April 17 Paka - Kemaman -67km ride
 
Jam 7 pagi kami dah bangun dan perhatikan matahari terbit.
 
Kami…pusing2 sekeliling pekan paka yang kecil…dan cari tempat bersarapan…kami singgah tempat bot2 naik..dan bergambar sebagai kenangan..memandangkan masih terlalu awal,kedai2 masih banyak lagi yang tutup.
 Selesai saja sarapan,kami pun check out dan mulakan perjalanan dengan harapan…supaya tak banyak rintangan dan masalah
 
Masing2 telah bersedia untuk memulakan perjalanan hari ini dengan semangat baru..67km lagi dan selesai trip kali ni..
 Dalam perjalanan pulang kami ambil keputusan untuk melihat tempat perliharaan penyu..
 
Pada mulanya agak berat hati nak masuk tempat pemuliharaan penyu
Sebab jalannya ada lah off road..tapi tawakal je le sebab saya bawa road bike..takut pancit lak..
 
Memang jalan masuk kedalam pusat tu off road sungguh..yang happy sangat si Ebol le..siap willy lagi..tapi nasib memang tak menyebelahi kami..tak ada pun anak penyu..bukan musim rupanya..yang dapat penat je le.Nasib baik dapat tengok tepi pantai yang cantik ni,jika tak macam tak berbaloi lalu di laluan tu rasanya..hari lak dah mula terik panas .dalam hati Kijal nak lalu lagi sekali ni sebelum sampai ke Kemaman..tak ada short cut ke..heehe..dalam masa keluar dari pusat tu tayar Abang MotoOne bocor lagi sekali …mak aii..ikut kan terror jugak la basikal merida ni..boleh tahan tayar dia..
 Wan Faiz sempat jua merakam kan pemandangan disekeliling kawasan pemeliharaan penyu tu...
Selesai saja kami pun mulakan lagi perjalanan dan hari pun dah tengahari..dan kami pun singgah makan dikedai tepi jalan sebelum masuk ke Kijal…sebenarnya dalam touring ni banyak prinsip berkerjasama teramat lah di perlukan..tak boleh masing2 buat hal sendiri je..dan biarkan orang yang dalam masalah handle masalah sendiri..tapi itu kalau kita bernasib baik pergi dengan orang yang suka menolong..memang cukup bagus dah..
 
Dalam gerai ni ada macam2 lauk makan tengahari..tapi aku tak da berselera..yang cuma boleh telan telur goreng dua biji..itu je le..dan melalueka power bar dia..kami terus kan perjalanan selepas sejam berhenti..dan lalu di Kijal..
 
Hai nampaknya laluan siksa lagi ni…
 
Lepas je bukit bukau diKijal..kami terus duduk berehat..malah si Ebol terbongkang baring…teramat penat lah tu gamaknya..tapi memang tak disangkal..panas terik disini memang melampaui batas…dan aku kali pertama touring sejauh 130km adalah sesuatu yang diluar jangkaan aku dapat menghabiskan touring ni..dari satu bukit ke jalan rata kemudian naik bukit semula..begitulah hingga ke tempat naik kereta..mungkin tak ada apa yang dapat dilihat yang teramat menarik..tapi pengalaman ni tak boleh dibeli dan aku laluinya sendiri…










   









Setiba di satu tempat yang agak redup kami berehat lagi..dan masa ni aku makin rasa semakin lembap perjalanan..aku nekad lepas ni aku nak besit..aku nak cuba berapa laju aku boleh pergi dengan road bike Merida ni..


 Ternyata baru aku rasa endurance yang ada..dan aku rasa ini lah kepuasan yang dicari2 oleh rodie cyclist..bila aku toleh belakang..MotoOne ada dibelakang..tersengih2..hampir lagi 10km lagi nak tiba di pekan kemaman..kami kayuh lagi jam telah tunjuk pukul 4ptg masa tu..dan tibalah kami di pekan Kemaman semula..dan terus masuk ke kedai untuk berehat sambil menikmati minuman segar..

 Dan berakhir lah touring buat pertama kalinya dengan road bike Merida sejauh 137km dalam masa 2 hari 1 malam…Alhamdulillah..saya berterima kasih pada suami tersayang Suzali Fauzi dan anak2 yang memahami ibunya yang tiada buat seketika......kerana pergi mencari pengalaman..apa yang saya dapat dari touring ni saya dapat rasa panas yang hampir sebati dengan kulit badan ni…bila balik bila berjemur saya rasakan seronok lak..preparation untuk masaalah yang tiba2 untuk masuk ke jalan yang off road..bantuan dari orang yang berpengalaman nak tukar tayar..ada baiknya saya belajar sendiri macam mana nak tukar tayar tu…dan yang paling best…tak lalu makan..sebab takut perut cramp…itu semua ilmu..saya ceduk dalam masa dua hari ni..seterusnya…Terimakasih buat kawan2 yang menyertai trip ini.. Dan Insyaallah dilain masa saya akan memperbaharui record touring.Dan dibawah ini serba sedikit ringkasan yang dapat saya cubit buat peringatan di masa akan datang...Wassalam


Touring Bicycle – tayar (28-38)untuk kegunaan on road dan off road penting dual purpose.Eksesori – side mirror,loceng,blinker,pannier bag,rack,pump,spare tiub,rain coat jika hujan untuk pannier.

Route – Sceenic road,gunakan jalan yg ada pemandangan supaya tidak bosan–bahaya mungkin bahu jalan tak ada , berpasir jalan lebih licin,kenderaan berat lebih banyak,bahaya pada benda2 tajam mungkin lebih terdedah pada separa off road.Bagi rodie yang terpaksa lalu offroad dinasihatkan tolak saja la basikal..kerana bimbang bocor pula tiub...

Persediaan diri – Sunblock,sunglass,1.5 liter air mesti ada,sediakan power bar/kurma/pisang sebagai pengganti tenaga,tidur yang cukup,makan makan yg ringan untuk elak perut cramp untuk berkayuh lagi,sentiasa ada sarung tangan dan guna stoking untuk elak dari sunburn.Pakaian 2d1n -2pasang baju cukup memadai..sediakan pil relaks otot jika otot kejang selepas kayuh..

Mentality – Target finish goal untuk tiba di destinasi.Bukit yang tinggi jangan lawan tapi tawan.Enjoy riding..enjoy bukit..enjoy panas..sentiasa berdua dengan partner..supaya dapat berbual atau boleh beri kata2 semangat..