2011 April 16 Kemaman-Paka -67km ride
Assalamualaikum,selamat
bertemu kembali dalam catatan sejarah kecil yang saya penakan untuk tatapan
anak cucu kelak disuatu hari..Tanggal 16 April 2011..saya buat pertama kalinya
membuat cycling trip 2hari 1 malam sejauh 140km dari Kemaman ke Paka dan pulang
semula ke Kemaman.Atas semangat yg sentiasa dibakar oleh suami saya Suzali
Fauzi..Alhamdulillah saya berjaya menamatkan cycling trip ini..Kisah bermula..kami
berkumpul di Masjid Kg Geliga Kemaman
Kami terdiri
dari AJ,Rj,Dr.TT,AA ,AshBurn,Moto One,Faiz dan Eboy berlapan memulakan
perjalanan sekitar pukul 9 pagi.Saya cuma bawa bawa basikal Merida dan hydration
bag yang beratnya dalam 2 liter(2kg)
Kenderaan
kami tumpang di rumah kawan baik AJ iaitu encik Jaafar.Hari sungguh cantik
dengan langit yang membiru..walau baru pukul 9 pagi terasa sudah pancaran cahaya
matahari seperti tiada tapisannya..owwhh..
Dalam trip
ini kami ada 2 backup vehicles support iaitu isteri Ashburn dan isteri Moto
one..yang juga bawa anak2 memeriahkan lagi suasana.Baru jalan 5 km kami
berhenti sebab tayar besikal Moto One pancit lak..hehehe itu masalah biasa
sebenarnya dalam pengembaraan berbasikal..mujur ada otai2 handal yang boleh
menolong nya
Sementara
tu kami saya, Acid dan dr tt tunggu di sebuah perhentian bas..AA terus layari
tabletnya..rasa peluh belum mencurah lagi..makeup masih
maintain..hehehe.Setengah jam kemudian baru kami sambung perjalanan semula..
Selepas 7km
pertama baru lah ada cabaran yg pertama sebuah bukit kecil didepan..bawa road
bike Merida ni walaupun ringan tapi cuma
mempunyai 2 crank dihadapan naik bukit kekadangnya amat menyiksakan juga..jadi
saya tak boleh performed seperti basikal tourer sebab dia orang ada 3 crank
yang mana lebih dari saya..saya besit dulu..hehehe
Gambar diatas 2 merpati sejoli..dr tt dan AA dan best partner Moto One dan AshBurn..di bawah..Pemandangan buat masa ni kami baru keluar dari pekan Kemaman dan sedang mengikuti jalan dalam untuk menghala ke Kijal..atas nasihat AA untuk melalui jalan dalam yang lebih kurang kenderaannya..dan lebih hebat cabarannya…kami menurut saja.
Gambar diatas 2 merpati sejoli..dr tt dan AA dan best partner Moto One dan AshBurn..di bawah..Pemandangan buat masa ni kami baru keluar dari pekan Kemaman dan sedang mengikuti jalan dalam untuk menghala ke Kijal..atas nasihat AA untuk melalui jalan dalam yang lebih kurang kenderaannya..dan lebih hebat cabarannya…kami menurut saja.
Satu perkara yang
seronok adalah bahu jalan disini memang luas..seronok tampa ada rasa risau jika
selisih dengan kenderaan berat.
Dalam waktu
begini kami dah terbahagi kepada dua group AA,drtt,ashburn,motor one dan kami
Aj,Rj,Eboy dan Faiz satu group.. setelah berkayuh hampir 1 jam kami baru
perasan Eboy tak ada dibelakang kami…jadi kami berhenti dan menunggu dan
menunggu dan menunggu..tapi tak muncul2 juga..hati dah risau dia salah ambil
corner ke..nak call line tak da coverage..akhirnya dia tiba dengan kecederaan
di mata masuk pasir rupanya..nasib baik saya ada extra air dalam hydration bag
dapat la dia cuci mata tu…Kami sedar kami dah ketinggalan jauh dari group
Acid..tapi kami tak putus asa..
Cabaran kedua dan ketiga dan keempat seterusnya bermula
diKijal…alamak bukit naik dan bukit lagi..
Saya
terpaksa tinggal kan suami tersayang dibawah dan dapatkan momentum untuk naik
bukit dengan dua crank saya ni..ingat kan pada penghujungnya dah habis rupa2
nya ada lagi berpusing pulak..hahah…tapi Alhamdulillah saya tak tolak
basikal..Cuma berhenti ambil nafas dan kayuh lagi…dalam sinar matahari yang
terik dan panas..terasa hilang segala harapan..tapi semangat kuat bila fikirkan
group yang satu lagi dah lepas ke depan..kayuh Raha kayuh..jangan pengsan sudah
la…hehehe
Saya memang
tak sangka saya dapat melepasi bukit ni..jika tidak keterlaluan saya nak ucap
tahniah pada diri sendiri..hahaha…Aj
sentiasa ada disebelah..bagi moral support..begitu jua ngan Faiz..terima kasih
ya
Cuaca memang
terik sungguh walaupun baru hampir pukul 11 pg..jalan mamang tak ada pokok
langsung untuk menumpang teduh..sentiasa berdoa dalam hati ada lah gerai tepi
jalan jual air batu..perrhhh..hehe
Dan akhirnya
kami tiba dibawah bukit2 tadi dan berkat doa akhir nya jumpa ada kedai kecil jual
air jambu batu..emm sedapnya..kami berehat setengah jam..yang lelaki hisab
rokok dulu..yang lain lurus2kan kaki yang kejang baru lepas panjat
bukit..weee..
Kami sambung
semula perjalanan melalui kampong..yang rata2nya penduduk melayu..sebelum
tembus semula jalan persekutuan persisiran pantai..Dalam hati saya berdoa lagi
jangan lah ada bukit lagi lepas ni..mau saya tahan teksi..pun ada rasanya..tapi
segan la kalau sampai camtu…Dr.TT steady je…hehehe…
Akhirnya
kami tiba dipantai Kemasik Trengganu..tepat pada jam 11.30 pagi..dengan cuaca
yang membakar..Di sini tak banyak gerai yang buka..jadi kami masuk je mana2
gerai janji orang kita..masing2 siap order untuk makan tengahari..tapi saya tak
boleh makan..rasa nak muntah pun ada..saya cuma order 2 biji telur goreng dan
saya makan power bar..itu je pun yang lalu..Aj pun sama..dia kata ini biasa
bagi orang mula2 dalam touring..
Tuannya
lepak basikal pun nak direhatkan juga..suatu masa dulu kami main motor
besar..bila tengok banyak2 motor parking..bangga..tapi kini bila tengok basikal
parking banyak2..terasa lebih2 lagi bangga
Walau pun
penat tapi berbaloi rasanya…Ok ada lagi 30km to go…lebih kurang sejam kami
singgah disini kami pun mulakan semula perjalanan yang sudah
tak jauh lagi..kami singgah juga di kedai Mat Din pengasas website MBC..
Dia seolah
olah tak percaya kami berjaya melepasi bukit di Kijal tadi..hehehe..cabaran
yang hebat katanya..selepas setengah jam kami teruskan lagi perjalanan dengan
cuaca yang melampaui batas…
Dari
gambaran diatas melihatkan pada bayang2 pokok tu..matahari memang atas
kepala..dengan langit yang membiru..huhuhu..Ini ada lah kawasan Patronas
Paka..jalan nya sungguh rata dan teramat lah luasnya dengan selapang2nya tampa
ada pokok..untuk memberi khidmat bayangnya..
Kerana tak
tahan dengan kepanasan,saya kayuh laju2 sehingga ternampak pokok yang
besar..yang tersangat mengundang..untuk berteduh..
Kami berehat
lagi selama 30 min..sambil bersembang2..ini lah cabaran terhebat untuk
touring..yang mana kepanasan ditengahari dibawah sinaran cahaya
matahari..terasa menggelegak kepala..tapi percaya lah bila balik panas di Kuala
Lumpur sudah terasa seperti tak ada apa2 malah duduk dalam panas pun happy
jer..
Akhirnya
kami tiba jua dijalan persisiran pantai..yang membuat hati sesiapa pun akan
lebur bila melihat pemandangannya..
Kami
perlahan2 lahan kayuh basikal sambil menikmati angin sepoi2 bahasa menyapu
lembut muka kami..walau pun sebenarnya dalam terik panas tu..kami rasa puas
sungguh dengan pencapaian pada kali ini… berbaloi kayuh jauh2..
Di kanan
kami terdapat banyak gerai2 menjual ikan bakar,sotong goreng,keropok
lekor..fuhh..best ni.. perut memang dah lapar sangat sebab tadi tak makan..
Kami
menyursuri sepanjang jalan sejauh 2km..sebelum tiba di chelat .Ini
lah pemandangan didepan chelat tempat penginapan kami..dengan laut yang luas
terbentang dan angin yang kuat menderu deru..waaahh. Bila dah penat berkayuh
suasana nyaman macam ini lah yang paling dikehendaki…menjamu selera mata dan
minda..Setiba saja di chelat saya dan suami pun letak bag dan keluar
semula…laparnya..haaa baru lah terasa nak makan sangat.Jam dah pukul 3 ptg masa
tu.. Nasib baik ada satu gerai yang buat ikan bakar..syukur..kami ada lah
pelanggannya yang terakhir memandangkan ikan dah tinggal yang last2
Kami pulang
ke chelat dalam pukul 5pm camtu..untuk berehat semantara menanti minum
petang…ada lah pulak alkisah dalam chelat ni…air paip dia sepanas2 nya memang
takda heater…agaknya air dari tangki…macam baru masak..kita nak mandi pun tak
boleh…pastu pulak air cond bilik dia tak fungsi langsung..apa nak buat..cuba
gak la lelap kan mata..last2 buka pintu bilik…bagi angin luar masuk…ada la
sikit sejuknya..haiii..nasib badan..
Nampak je
cam ok tapi facilities tak memuaskan…itu gambar Ebol ni dah petang jap lagi nak
gi cari tea tarik ke..keropok leko ke…apa2 je lah..
Perlahan2
kami kayuh susur tepi pantai dengan basikal …dan tiba di garai kecil..keadaan
sungguh cantik dan nyaman..angin bertiup kencang juga masa tu…kami singgah di
satu kedai..masing2 order..keropok leko,air kelapa..yang best nya ada air botol
jenis yang lama tu…AJ memang tak lepaskan peluang ni…Saya berkenalan dengan
satu mat salleh dari New Zealand..David namanya..seorang kawan Acid.Yang memang
ada berhubung dengan Acid untuk berjumpa di pantai Paka ni..
Kami
berbual..lepak sampai lah ke Senja..kemudian kami beransur ke Pasar Malam yang
tak jauh dari chelat kami jua…jalan kaki je le..dekat sangat..Bila dah habis
tapau barang makan ..kami ambil dinner di wakaf berdepan dengan chelat…wah
dengan angin yang agak kuat jua …
terasa
berlainan dengan cuaca pagi tadi…nyaman nya…sesekali terasa seolah2 ingin
terlena..di situ…
Sambil
borak…kami bercerita dengan si David mengenai basikal nya yang dia beli
diSingapura.Kami beradu agak awal juga dalam pukul 10 malam camtu..esuk nak
kayuh lagi 67km…
No comments:
Post a Comment