Semalam, kami telah berbincang untuk memulakan perjalanan kami seawal mungkin, bermacam-macam cadangan dikeluarkan.. start pkl 6 lah, start pkl 4 lah... akhirnya kami bersetuju untuk memulakan perjalanan selepas subuh.Tetapi sesuatu telah berlaku di awal pagi itu.
Pada lebihkurang pukul 5 pagi, Faiz telah mengejutkan saya, "Li, ada kecoh-kecoh kat bawah tu"... saya pun bangun... memang jelas dengar suara orang bertempik di bawah. Saya lihat ke tingkap, kelihatan ada seorang lelaki berjaket hitam menuju ke kereta. "Apa hal?", saya tanya Faiz. " Entahlah... mungkin kena pau tak?" jawap Faiz. Tak lama kemudian, kelihatan sebuah kereta lagi datang, di ekori oleh sebuah kereta polis. Hilang lah kerisauan kami sebab tentu perkara ini telah selesaikan oleh pihak Polis.
Kami turun ke lobi hotel.... mak.. oii.. banyak nya darah di lantai lobi. Saya bertanya kepada orang Cina yang berada di reception tu.." taukeh, apa jadi?".. ada orang mabuk, gaduh lah". Hmmm... tak tahu lah betul ataupun tidak cakap Cina tu.. saya check basikal kami di meeting room. Semuanya selamat, tak nampak ianya telah diganggu. Itu yang penting, sebab kami akan memulakan perjalanan kami, jadi, kalau ada sesuatu yang terjadi, nanti cancel lak trip ni.
|
Group photo didepan hotel Chin Hua sebelum bergerak. |
Kami mengeluarkan basikal satu persatu... kemudian, saya perasan basikal isteri saya pancit di tayar hadapan.. alahaiii...kena tukar dulu. Dah tentunya saya kena settledkan dulu, sebelum kami memulakan perjalanan. Selepas sudah di tukar tiub basikal isteri saya, kami pun mula bergerak melalui Jalan Segamat, menuju ke Labis. Ketika itu sudah pun pukul 7 pagi. Cuaca nampak cantik, dan saya jangka tiada hujan pada hari tu.
Jalan disini agak lebar, lebih besar dari jalan biasa dan bahu jalan nya lebihkurang 3 hingga 5 kaki lebarnya. Best gak jalan disini.. buat masa ni, di pagi hari, masih kurang kereta tetapi sesekali ada gak treler panjang yang menyusuri laju di jalan ini. Setelah lebihkurang 16 km dari Segamat, kami berhenti untuk sarapan di suatu tempat bernama Tenang. 3 tahun lepas, ada banjir besar disini. Tetapi alhamdulillah, tahun ni, kering je, tak nampak tanda2 nak banjir.
|
Menuju ke Pekan Tenang. |
Tak banyak jenis makanan yang ada di gerai ini, cuma nasi lemak, mee goreng dan bihun goreng aje. Saya meminta telor goreng, itu pun mereka tak dapat nak buat sebab mereka tak memasak disitu. Raha, Su dan Faiz makan nasi lemak, manakala saya memakan bihun aje. Yang menarik nya disini ialah pelayan nya ramah tamah, sebabkan mereka ternampak kami berkayuh semasa di Segamat lagi. Jadi banyak lah soalan ditanya. Ada seorang kakak tu siap bagi nasihat kepada kami.. "bagus naik basikal... lutut awak dah tua pun tak sakit... akak dulu pun naik basikal jugak".. hehehehe.. "jom le kak ikut kita orang naik basikal ke Singapura"... hehehehehehe.
|
Dihadapan Majlis Daerah Labis |
Kami tak tunggu lama sangat disini, selepas makan aje, kami terus beredar. Jauh lagi perjalanan kami. Ada 74 km lagi rasanya. Pekan yang kami temui selepas ini adalah Pekan Labis. Sempat lagi kami bergambar di hadapan majlis bandaran nya. Kayuhan kami sekitar 16 hingga 18km sejam. Jalan nya pun ada yang berbukit2 gak, tetapi sekitar 100 meter sahaja. Kawasan yang banyak berbukit2 adalah di sebelah Bekok, tetapi oleh kerana masih pagi lagi, jadi kami tak berapa kisah sangat. Dalam pukul 12.30 tengahari, kami tiba di sebuah tempat bernama Lam Lee... hehehe.. pelik gak nama tempat ni... mungkin nama orang Cina agaknya. Kerana di hadapan nanti kami akan bertemu dgn pekan Yong Peng. Juga nama Cina. Kami singgah makan di sebuah kedai asam pedas ikan sungai disini. Nampaknya macam ramai orang berhenti makan di kedai ini. Mungkin sedap. Selain Faiz, kami semua memilih untuk memakan asam pedas. Faiz makan nasi goreng aje.
|
Raha di depan kedai Asam Pedas Ikan Sungai Lam Lee, Yong Peng. |
Kali ini, Raha 'terkena' sikit bayaran yang mahal.. hehehe.. sepinggan nasi.. kepala ikan merah dan air milo ais, harganya rm22. Hehehe.. dia dah dapat kepala ikan, jadi harga satu kepala ikan merah ialah rm20. Apa nak buat, dah makan, bayar aje lah. Mujur saya makan ikan baung kena rm10 aje. Dalam masa kami sedang makan tu, kawan Su menalipon Su dan mengatakan mereka akan join kami berkayuh. Tetapi ketika itu mereka berada di Segamat lagi, agaknya. Tak kisah lah tu, kerana mereka memandu kereta.. tentu boleh catch up dengan kami.
|
Menghampiri Pekan Yong Peng |
|
|
Kami meneruskan lagi perjalanan kami. Cuaca memang panas, dan kini kami boleh terasa bahang nya di kepala kami. Helmet basikal tak membantu untuk menyejukkan kepala. Jadi saya memakai topi orang memancing, berserta helmet diatasnya sebagai protection. Kemudian, saya menutup muka saya dgn head buff. Sebelum kami sampai ke pekan Yong Peng, kami bertemu kawan Su, seorang bernama Suzie dan seorang lagi bernama Bernie. Bernie mengeluarkan basikal nya dari belakang Ford Rangernya sementara Suzie akan memandu dan juga menjadi camera woman. Satu kelebihan Suzie ni, dia suka mengambil gambar kemudian post ke FB secara live... hehee.. bagus gak ada orang rajin ni.
Jam menunjukkan pukul 1.30 tengahari, kami bergerak lagi setelah berehat di tepi jalan sambil menunggu Bernie mengeluarkan basikal. Lebihkurang 10 minit kemudian, kami tiba di Yong Peng. Faiz sempat bergambar disini. Ada satu masjid disini yang unik nya menawarkan tempat penginapan yang selesa dgn harga rm20 semalam. Tapi destinasi kami adalah di Air Hitam dan bukan nya di Yong Peng, jadi kami bergerak terus. Selepas menyusuri pekan Yong Peng, Raha nampak keletihan. Kami telah pun berkayuh sejauh 80km. Jarak yang terjauh Raha pernah kayuh dengan basikal lipat adalah 67km sahaja. Itupun pagi 33.5 km, petang 33.5 km.. jadi berkayuh 80 km berterusan memang meletihkan. Basikal lipat tidak seperti basikal bersaiz roda 26" ataupun 700c. Basikal lipat memerlukan penunggang nya berkayuh lebih banyak lagi kerana rodanya cuma 20". Jika stamina tak ada memang memenatkan.
Kami berdua berehat dudlu disebuah gerai selepas pekan Yong Peng, manakala Su, Suzie dan Faiz mengayuh terus ke Air Hitam. Jarak ke Air Hitam masih ada 16 km lagi, tak jauh sangat, tetapi kalau berbukit2... penat gak. Setelah berehat lebihkurang 15 minit, kami pun bergerak, jalan di hadapan seperti saya jangka adalah menaik bukit. Gradient nya sikit, tetapi setelah 80 km berkayuh, memang lah rasa berat sangat kaki. Yang bagusnya ialah cuaca masih baik, dan tak nampak tanda2 nak hujan. Jadi kami boleh kayuh perlahan2 dan berehat seberapa banyak yang kami mahu. Tiba kami di Kg Abdul Ghaffar, lebih kurang 10 km dari Yong Peng, kami singgah sebentar di sebuah surau disitu. Ketika itu Faiz menalipon saya dan memberi tahu dia sudah hampir ke pekan Air Hitam. Saya tengok jam, dah pkl 3.30 ptg. Saya pun memberitahu arah dimana hotel yang akan kami menginap dan meminta dia check in dulu.
Dalam pkl 3.45 ptg, kami mula meninggalkan surau tersebut, dan mula berkayuh semula. Jalan masih lagi memanjat bukit, hingga kami tiba lebihkurang 1 km dari Air Hitam, barulah menurun bukit hingga ke simpang 4. Disimpang ini adalah simpang ke Kluang, Baru Pahat, dan jika terus, ke JB. Air Hitam ni terkenal dgn jualan pasu dan barang2 cenderahati. Tetapi saya dan Raha mempunyai tujuan berbeza. Dia membeli putu bambu Air Hitam kegemaran dia, dan saya mencari murtabak special. Harga murtabak special ini adalah rm15 sekeping, tetapi rasanya sedap dan sangat besar. Kalau nak makan kena cari 4 orang.. kalau tidak memanglah tak habis. Saya cuma membungkusnya untuk di makan di hotel bersama Faiz dan Su. Raha pun sama gak macam saya, membungkus putu bambu untuk di makan bersama di hotel.
|
Hotel Air Hitam dimana kami menginap. |
Apabila kami tiba dihotel dalam pkl 4.30 ptg, saya call Faiz mengajak dia turun ke sebuah restoran mamak di bawah hotel tersebut. Rupa2nya Su pun tengah lepak kat restoran ini jugak sambil menggunakan wifi utk check Facebook. Kiranya semua berpuas hati dgn kayuhan hari ini. Jarak perjalanan kami ialah 95 km, start pkl 7 pagi dan sampai pada pkl 4.30 ptg. Faiz dan Su sampai pkl 3.30 ptg, 1 jam lebih awal dari kami... manakala Suzie dan Bernie meneruskan kayuhan mereka hingga ke Simpang Renggam.
Nama hotel yang kami menginap adalah Air Hitam Budget hotel yang terletak bersebelahan dgn exit Plus Highway. Harga bilik utk 2 katil single adalah rm98. Dimalamnya pula, kami cuma makan di restoran mamak tadi sahaja. Kesemuanya takda mood nak ke pekan, cuma ingin berehat aje malam tu. Esuk awal pagi, kami akan berkayuh ke JB pula.
No comments:
Post a Comment