Jam 7 pagi
kami dah bangun dan perhatikan matahari terbit.
Kami…pusing2
sekeliling pekan paka yang kecil…dan cari tempat bersarapan…kami singgah tempat
bot2 naik..dan bergambar sebagai kenangan..memandangkan masih terlalu
awal,kedai2 masih banyak lagi yang tutup.
Selesai
saja sarapan,kami pun check out dan mulakan perjalanan dengan harapan…supaya
tak banyak rintangan dan masalah
Masing2 telah bersedia untuk memulakan perjalanan hari ini dengan semangat baru..67km lagi dan selesai trip kali ni..
Dalam
perjalanan pulang kami ambil keputusan untuk melihat tempat perliharaan penyu..
Pada mulanya
agak berat hati nak masuk tempat pemuliharaan penyu
Sebab
jalannya ada lah off road..tapi tawakal je le sebab saya bawa road bike..takut
pancit lak..
Memang jalan
masuk kedalam pusat tu off road sungguh..yang happy sangat si Ebol le..siap
willy lagi..tapi nasib memang tak menyebelahi kami..tak ada pun anak
penyu..bukan musim rupanya..yang dapat penat je le.Nasib baik dapat tengok tepi
pantai yang cantik ni,jika tak macam tak berbaloi lalu di laluan tu
rasanya..hari lak dah mula terik panas .dalam hati Kijal nak lalu lagi sekali
ni sebelum sampai ke Kemaman..tak ada short cut ke..heehe..dalam masa keluar
dari pusat tu tayar Abang MotoOne bocor lagi sekali …mak aii..ikut kan terror
jugak la basikal merida ni..boleh tahan tayar dia..
Wan Faiz sempat jua merakam kan pemandangan disekeliling kawasan pemeliharaan penyu tu...
Selesai saja
kami pun mulakan lagi perjalanan dan hari pun dah tengahari..dan kami pun
singgah makan dikedai tepi jalan sebelum masuk ke Kijal…sebenarnya dalam
touring ni banyak prinsip berkerjasama teramat lah di perlukan..tak boleh
masing2 buat hal sendiri je..dan biarkan orang yang dalam masalah handle
masalah sendiri..tapi itu kalau kita bernasib baik pergi dengan orang yang suka
menolong..memang cukup bagus dah..
Dalam gerai
ni ada macam2 lauk makan tengahari..tapi aku tak da berselera..yang cuma boleh
telan telur goreng dua biji..itu je le..dan melalueka power bar dia..kami
terus kan perjalanan selepas sejam berhenti..dan lalu di Kijal..
Hai
nampaknya laluan siksa lagi ni…
Lepas je
bukit bukau diKijal..kami terus duduk berehat..malah si Ebol terbongkang
baring…teramat penat lah tu gamaknya..tapi memang tak disangkal..panas terik
disini memang melampaui batas…dan aku kali pertama touring sejauh 130km adalah
sesuatu yang diluar jangkaan aku dapat menghabiskan touring ni..dari satu bukit
ke jalan rata kemudian naik bukit semula..begitulah hingga ke tempat naik
kereta..mungkin tak ada apa yang dapat dilihat yang teramat menarik..tapi
pengalaman ni tak boleh dibeli dan aku laluinya sendiri…
Setiba di
satu tempat yang agak redup kami berehat lagi..dan masa ni aku makin rasa
semakin lembap perjalanan..aku nekad lepas ni aku nak besit..aku nak cuba
berapa laju aku boleh pergi dengan road bike Merida ni..
Ternyata
baru aku rasa endurance yang ada..dan aku rasa ini lah kepuasan yang dicari2
oleh rodie cyclist..bila aku toleh belakang..MotoOne ada
dibelakang..tersengih2..hampir lagi 10km lagi nak tiba di pekan kemaman..kami
kayuh lagi jam telah tunjuk pukul 4ptg masa tu..dan tibalah kami di pekan
Kemaman semula..dan terus masuk ke kedai untuk berehat sambil menikmati minuman
segar..
Dan
berakhir lah touring buat pertama kalinya dengan road bike Merida sejauh 137km
dalam masa 2 hari 1 malam…Alhamdulillah..saya berterima kasih pada suami
tersayang Suzali Fauzi dan anak2 yang memahami ibunya yang tiada buat seketika......kerana
pergi mencari pengalaman..apa yang saya dapat dari touring ni saya dapat rasa
panas yang hampir sebati dengan kulit badan ni…bila balik bila berjemur saya
rasakan seronok lak..preparation untuk masaalah yang tiba2 untuk masuk ke jalan
yang off road..bantuan dari orang yang berpengalaman nak tukar tayar..ada
baiknya saya belajar sendiri macam mana nak tukar tayar tu…dan yang paling
best…tak lalu makan..sebab takut perut cramp…itu semua ilmu..saya ceduk dalam
masa dua hari ni..seterusnya…Terimakasih buat kawan2 yang menyertai trip ini.. Dan Insyaallah dilain masa saya akan memperbaharui record touring.Dan dibawah ini serba sedikit ringkasan yang dapat saya cubit buat peringatan di masa akan datang...Wassalam
Mentality – Target finish goal untuk tiba di
destinasi.Bukit yang tinggi jangan lawan tapi tawan.Enjoy riding..enjoy
bukit..enjoy panas..sentiasa berdua dengan partner..supaya dapat berbual atau
boleh beri kata2 semangat..
Touring
Bicycle – tayar (28-38)untuk kegunaan on road dan off road penting dual
purpose.Eksesori – side mirror,loceng,blinker,pannier bag,rack,pump,spare
tiub,rain coat jika hujan untuk pannier.
Route –
Sceenic road,gunakan jalan yg ada pemandangan supaya tidak bosan–bahaya mungkin
bahu jalan tak ada , berpasir jalan lebih licin,kenderaan berat lebih banyak,bahaya
pada benda2 tajam mungkin lebih terdedah pada separa off road.Bagi rodie yang terpaksa lalu offroad dinasihatkan tolak saja la basikal..kerana bimbang bocor pula tiub...
Persediaan
diri – Sunblock,sunglass,1.5 liter air mesti ada,sediakan power
bar/kurma/pisang sebagai pengganti tenaga,tidur yang cukup,makan makan yg
ringan untuk elak perut cramp untuk berkayuh lagi,sentiasa ada sarung tangan
dan guna stoking untuk elak dari sunburn.Pakaian 2d1n -2pasang baju cukup
memadai..sediakan pil relaks otot jika otot kejang selepas kayuh..
No comments:
Post a Comment