Saturday, 15 December 2012

2012, Nov 17, Kayuhan Touring Segamat ke Singapura-Day Three

Hari ketiga, hari Sabtu, malam ini kami akan berkayuh masuk ke Singapura. Sebenarnya inilah major event untuk ride kami kali ini. Abg Dzulkapri Hakim sekeluarga semua nya telah keluar awal2 pagi untuk melawat keluarga mereka disekitar JB. Kami pula, masih bermalas2 hingga waktu check out, kerana kami tiada agenda utk hari ini.
Di lobby Hotel CIQ, Johor Bahru.


Sekitar Jb Sentral
Apabila tengahari, setelah Abg Dzulkapri tiba dan juga Su sampai ke hotel kami, kami pun check out, manakala abg Dzulkapri check in semula ke bilik lain. Kemudian Su membawa kami ke stadium Larkin utk makan tengahari. Disini terdapat buffet yang cuma berharga rm10 seorang. Sangat murah kerana lauknya berbagai jenis.

Setelah makan tengahari, kami memutuskan utk berjalan2 di komplex beli belah di JB. Su mencadangkan supaya kami pergi ke JB city square kerana berdekatan dgn JB sentral. Jadi selepas kami ditinggalkan di hotel CIQ, kami pun berjalan kaki sahaja ke JB sentral dan kemudian nya kami ke JB city square. Ketika kami disana, hujan telah turun dgn lebatnya. Saya risau gak kalsu2 kami tak dpt berjalan kaki ke hotel CIQ utk bertemu member2 lain di sebabkan hujan itu. Mujur dlm pkl 6.30 ptg, kami sempat meredah hujan renyai2 ke hotel. Tiba disana, Ashburn telah pun sampai setelah kami dikejutkan dgn berita kereta dia kemalangan ketika mereka berada di Kulai. Saya perhatikan, cuma bumper belakangnya agak remuk sedikit. Tapi ada lagi satu peristiwa yang berlaku pada Ashburn tg tidak dapat dilupakan, rupa2nya dia kehilangan anak kunci kereta setelah park di depan hotel. Puas gak kami membantu mencarinya, rupa2 poket dia koyak dan anak kunci itu berada di kaki seluar dia. Anak kunci itu tidak jatuh kebawah kerana seluar Ashburn itu double layer. Hehehe...

Bersiap2 untuk memasuki Singapura
 Pada pkl 8.30 mlm, semuanya dari group C2see telah berkumpul di depan hotel CIQ. Ada lebihkurang 10 org semuanya. Rupa2nya masih terdapat 12 org dari group JB menunggu kami di enterance tambak Johor. Jumlah kesemuanya ialah 22 orang. Mereka ini terdiri dari group PTK, KBC dan Wacycle. Meriah sungguh. Tetapi apabila ramai, macam biasa, lambat lah sikit utk melepaskan dari immigresen. Satu demi satu terpaksa menulis embarkment form sebabnya bergilir2 meminjam pen. Mujurlah kami telah mengisinya terlebih dahulu sewaktu kami di hotel lagi.

Apabila masuk sahaja ke Singapura, kami berhenti di sebuah parking di Woodlands. Tujuan kami ialah untuk menunggu Rahim Resad, guide yang akan membawa kami pusing2 sekitar Pulau Singa itu. Tempat-tempat yang kami lalui malam itu adalah seperti berikut; Woodland Town Center Carpark- Woodland Residential estates (perumahan kerajaan Singapura)- Woodland Avenue 12-Ulu Sembahwang Park-Mandai Road-Ulu Sembahwang Road-Yishun Dam-Seletar Airport-Ponggol Marina/Ponggol Dam- Ponggol Waterway-Serangoon River-Houngang Central-Upper Serangoon Road-Mount Vermon-Gullimard Road-Nicoll Highway-Kallang River-Singapore Flyer-Singapore F1 Circuit-Marina Bay Waterfront-Merlion Park-Singapore River-Bukit Timah Road.
Perjalanan kami pada malam itu.
Rahim Resad, guide kami pada malam itu.
Rehat time
Makan Time.








Kami tiba semula ke Tambak Johor pada lebihkurang pukul 6.30 pagi, dan group terakhir tiba adalah lebihkurang pada pukul 7.30 pagi. Saya, Raha dan Faiz terpaksa bergegas pulang ke hotel dan kemudiannya kami ke JB Sentral untuk mengejar keretapi kami yang dijangka tiba pada pukul 8.50 pagi. Mujur segala nya selamat dan kami sampai tepat pada masanya. Jarak perjalanan kami untuk malam itu adalah 96km dan jarak keseluruhan kayuhan selama 3 hari itu adalah 295 km. Boleh tahan jugak untuk basikal lipat. Selalunya org menjangkakan basikal lipat hanya berupaya untuk dikayuh sekitar taman dan cuma larat berkayuh sekitar 35 hingga 50km. Tapi kami berjaya mengayuhnya hingga purata 100km satu hari. Insya Allah, satu hari nanti, saya akan mencuba membawa basikal lipat ini untuk touring ke luar negara lagi. Dan mungkin kali ini, lebih dari 3 hari.



Selamat Tinggal JB dan Singapore, terima kasih kepada group JB dan Singapore yang membawa kami kesana, insya Allah, lain masa kami akan menjelajah Singapura lagi, mungkin siang hari pula kali ini.

No comments:

Post a Comment