Sebenarnya rancangan untuk berkayuh di Singapura telah lama di bincang oleh isteri saya dan kawan nya, Su dari JB. Tetapi rancangan asal, cuma lah berkayuh dari JB, masuk Singapura kemudian nya keluar semula. Saya menambah sedikit idea supaya ianya menjadi lebih menarik lagi, saya mencadangkan kepada isteri saya supaya kayuhan ini dimulakan di Segamat dan kemudian nya kami akan join dgn group yang lain di JB. Isteri saya setuju.
Jadi pada 14hb Nov 2012, saya, anak dan isteri, ditemani oleh Faiz bertolak dari KL ke Segamat pada lebihkurang pkl 3 ptg. Perjalanan kami di selang seli dgn hujan yang agak lebat juga, maklumlah pada masa ini, memang cuaca di Johor agak mendung dan hujan ribut pada waktu petang. Kami selamat tiba di Segamat dalam pkl 6.30 ptg. Ketika itu hujan masih renyai-renyai. Kawan isteri saya telah pun sedia menunggu di hotel tempat kami akan menginap pada malam itu. Nama hotel tersebut ialah Hotel Chin Hua, Segamat Baru. Walaupun saya selalu ke Segamat, akan tetapi saya tidak pernah menginap di hotel ini. Harga untuk satu bilik dg 2 katil single ialah RM60.
Setelah check in, dan kemudian nya mandi, kami pun mengeluarkan basikal masing-masing. 3 basikal lipat dan 1 basikal touring yang di bawa oleh Faiz. Bagi basikal lipat, tiada masalah langsung untuk setup, cuma "unfold" sahaja. 1 minit dah siap. Tetapi untuk basikal touring, Faiz terpaksa memasang tayar depan, kemudian nya kena adjust brake lagi, mengambil masa sekurang2nya 10 minit. Itulah kelebihan basikal lipat yang senang di lipat dan senang untuk dibawa kemana2. Setelah selesai, kami pun mencuba basikal masing-masing berserta dengan "blinker" yang akan digunakan di Singapore Night Ride nanti.
Setelah menyimpan basikal kami di meeting room hotel, kami pun bersedia utk pergi makan malam. Hujan masih lagi renyai-renyai, tetapi ianya tak menjadi masalah pada kami, kerana kami menaiki kereta ke kg Jawa untuk menikmati makan malam kami. Mujur kedainya buka malam ini. Kat Segamat ni, kadang-kadang tak menentu, kedai suka-suka je nak buka ataupun tidak. Kedai ni pun sama gak camtu.. kadang-kadang saya datang Segamat, kedai nya tutup, kadang-kadang buka. Setelah makan, kami bertolak ke rumah bapa mertua saya ataupun ayah Raha, untuk menyimpan kereta saya. Kami akan berbasikal selama 4 hari, jadi kereta saya haruslah di parking di tempat yang selamat. Dgn cuaca yang tak menentu ini, bukit siput adalah suatu tempat yang tinggi dan selamat dari banjir. Risau gak bila balik dari berbasikal, tengok kereta dah tenggelam dalam air... hehehehe
Setelah semuanya secured, Raha pun menalipon abang nya, Utih Rahman untuk menghantar kami balik ke hotel Chin Hua. Kami tak sabar-sabar untuk tidur kerana esuk kami akan mula berkayuh... semoga semua selamat dan cuaca yang cantik menanti kami.
No comments:
Post a Comment