Saturday, 5 January 2013

2011, Dis 7, HARI-11 Siem Reap-Kuala Lumpur[SIAM-CAMBODIA RIDE]



Pagi ini saya bangun lebih awal dari biasa, sebabnya kami akan ke airport pada pukul 6.15 pagi. Saya bangun pada pukul 4.30 pagi, mandi2 dan pada pkl 5,30 pg, saya telah pun berada di luar guest house untuk check out. Malangnya pekerja guest house belum siap lagi. Jadi kami terpaksa menunggu mereka bersiap2 dulu untuk membuka restaurant mereka. Saya bersarapan roti perancis bersama telur dadar. Minuman seperti biasa adalah kopi bersama susu.

Menaiki tuk tuk ke airport, basikal di letakkan di hadapan.


Pukul 6.30, kami pun dibawa oleh tuk tuk Guest house itu ke airport. Tidak jauh airport dengan Bou Savvy Guest House tu, lebihkurang 1/2 jam kami dah sampai. Kami check in basikal dan beg kami. Kakitangan airport dan pengawal keselamatan, 2-3 kali memeriksa tayar basikal kami. Tayar hendaklah dikeluarkan angin nya, kerana dlm penerbangan, disebabkan tekanan yang berbeza, mungkin menyebabkan tayar meletop.



Tepat pukul 8pg, penumpang di panggil untuk boarding dan memasuki kapalterbang. Dan 8.35 pagi, kapalterbang pun bergerak menuju ke LCCT kuala lumpur. Kami tiba pada pukul 11.30 pagi, walaupun perjalanannya hanya 2 jam.Ini adalah kerana perbezaan masa antara Malaysia dan Cambodia sebanyak 1 jam.

Aiport Siem Reap


Dengan sampainya kami ke LCCT, maka selesailah kembara basikal kami ke Timur Thailand dan Cambodia.

Kesimpulan
Trip kali ini menepati citarasa saya kerana setelah lama saya berkayuh di dalam negara, memang sudah tiba masanya saya menjejakkan basikal saya ke luar negara. Negara yang di pilih memang terbaik pernah saya fikir kan, Thailand murah dari segi penginapan dan makanan. Cambodia pula, penginapan nya murah tetapi makan adalah agak mahal. Tetapi itu melatih kami berhati-hati dalam perbelanjaan dan mencari alternative lain yang boleh di gantikan dari hanya memakan nasi.
Thailand adalah sebuah negara yang cantik, tetapi waktu yang kami pilih selepas banjir, adalah sangat panas. Panas nya terik dan berbahang. Tidak seperti Cambodia, walaupun panas, tetapi angin nya sesejuk angin dari penghawa dingin.
Agak ralat bagi saya kerana tidak dapat bermalam di Bangkok, di sebabkan kami khuathir mengenai banjir yang melanda Bangkok sebulan sebelum kami datang. Dan juga, saya rasakan saya tidak puas menjelajah negara Gajah Putih itu. Walau bagaimanapun, saya bertekad, saya akan mengembara dgn basikal saya dgn lebih banyak lagi ke Thailand... insya Allah.
                                                                                          TAMAT

No comments:

Post a Comment