Saya bangun pukul 5 hari ini. Saya dan Faiz tinggal berjauhan dgn Acid dan abang nya, jadi kami kenalah keluar awal. Dalam pukul 6 pagi, saya dah mula memasang beg saya ke basikal. Terasa macam koboi pulak, pasang pannier ke kuda. Dlm pukul 6.30 pagi, kami pun bergerak menuju ke hotel Nakhonn untuk berjumpa dgn Acid. Abang dia, Doc Olmo sudah bersedia di hadapan hotel menunggu kami. Hari ni saya memang terasa teruja, sebab kami akan meninggalkan Thai dan memasuki Cambodia.
Kami mula berkayuh meninggalkan hotel dalam pukul 7 pagi. Matahari berada dihadapan kami kerana kami bergerak kearah timur. Agak silau tetapi tidak lah memeritkan mata. Jarak perjalanan dari Watthanna Nakhon ke sempadan adalah 28km. Kami tiba di sempadan lebihkurang pukul 8.30 pagi. Berhenti sebentar dan kami mencari restoran islam yang disebut2 oleh orang yang kami jumpa semalam dimasjid.
Tiba di Aranyaprathet |
Satu satunya kedai makan Islam yang terdapat disitu |
Ada
dua kedai makan disini, salah satunya telah pun tutup. Mujur kedai makan yang masih dibuka itu,
adalah lebih besar dan mempunyai berbagai2 jenis makanan. Saya cuma meminta 2
biji telor goreng yang dimakan dengan roti,manakala yang lain memilih untuk
memakan nasi dengan rendang itek. Selepas makan, saya pun pergi ke bazar yang
ada disini. Sungguh banyak barangan disini, kalau pusing 1 hari pun, tak tentu
boleh habis. Di sempadan ini memang ramai pengunjung nya dan ramai yang datang
untuk membuat perniagaan. Kami terjumpa dgn seorang melayu berasal dari Yan,
Kedah yang mengambil stok disini untuk membuat jualan di Malaysia. Saya pula,
membeli pouch dan juga beg untuk saya gunakan semasa balik dari Siem Reap
nanti.
Pukul
10.30, kami memasuki ke jabatan imegresen Thai. Basikal terpaksa ditinggalkan
diluar. Kata salah seorang pegawai disitu, dia akan menjaga basikal kami.
Tetapi apabila saya masuk dalam kompleks imigresen, dia dah tiada. Tidak boleh
dipercayai langsung. Mudah sahaja untuk keluar dari border Thai, passport kami
di cop, kemudian kami mengambil basikal dan menuju ke sempadan Kemboja pulak.
WELCOME TO KINGDOM OF CAMBODIA terpampang luas, macam ada persaingan dgn
Thailand pulak. Tapi kami terpinga2 tak tahu mana nak pergi. Sini sana nampak
sibuk dgn manusia yang semuanya ada kerja nya sendiri. Manusia menarik kereta
macam kereta lembu. Saya memang terasa sungguh asing disini. Diantara 2
`kingdom`, terdapat Casino. Kemudian kami ditahan oleh orang beruniform. Dia
menyuruh kami meletak basikal kami di tepi pagar dan kami diarahkan masuk. Dan
seperti biasa masuk border kami diberi kertas putih utk diisi. Setelah selesai
kerja2 mengecop passport, kami pun keluar ke tanah Cambodia. Memang sangat
berbeza dgn Thailand. Jalan nya berhabuk, walaupun bangunan agak baru, tetapi
seolah2 seperti pekan koboi. Kereta memandu sebelah kanan jalan seperti di
Amerika. Dan kami mula bertemu dgn peminta sedekah kanak2.
Pintu gerbang yang menunjukkan kami memasuki Cambodia |
Casino di No Man's Land |
Setelah
menukar wang baht ke riel, kami pun memulakan perjalanan. Kayuh sebelah kanan
ni pelik jugak, terutama apabila sampai disimpang ataupun di bulatan. Selain
dari itu, orang2 Cambodia suka membunyikan hon semasa memandu... bingit rasanya.
Huru hara pun ada. Kemudian kami mula ternampak orang yang ramai2 naik treler
yang ditarik oleh trektor. Mula2nya kami sibuk mengambil gambar, tapi selepas
itu, setelah banyak yang kami terjumpa, kami pun sudah tidak mengendahkan nya
lagi.
Pertama sekali kami berhenti disuatu tempat
seperti bas station besar. Disini juga saya mula membeli air berharga 1 dolar.
Jika di Thailand, ianya cuma berharga 20 baht. Setelah 30 minit berehat, kami
berkayuh semula dalam kepanasan. Tapi saya terasa perbezaan dlm cuaca disini.
Di Thailand, angin yang berhembus adalah berbahang, tapi di Cambodia, angin nya
sejuk, rasa macam agak sukar hendak berpeluh.
Stesyen Bas untuk ke Siem Reap dan pekan lain. |
Kami bertemu satu masjid di sebuah
tempat bernama Nimmit, kami singgah sebentar, tapi kami tak di endahkan oleh kanak2
yang sedang bermain didalam kelas mereka. Disini juga saya cuba membeli dgn
duit riel... beribu2... sampai tak tahu nak bagi duit apa.
Selepas berbual2 dgn pakcik yang tinggal
berdekatan dgn masjid, salah seorang dari mereka boleh berbahasa melayu, kami
pun mula berkayuh lagi. Pekan nya jarak2, yang kelihatan hanya sawah padi. Kami
dapat melihat kanak2 bermain2 di jambatan keretapi. Dimasa ini, saya terdekat
bunyi besi payah.... toinggg... saya ingatkan tiada apa2, tetapi bila
menghampiri Sisophon, Faiz berkata yang roda saya gelong. Saya pun berhenti dan
periksa, memang betul kata nya. Setelah saya teliti, rupanya salah satu jejari
saya telah pun patah. Oleh kerana saya tidak boleh berbuat apa2, saya terus
juga mengayuh hingga jumpa pekan Sisophon dimana Doc Olmo menunggu kami.
Doc
Olmo guide kami hingga ke hotel yang telah mereka cari didalam GPS. Hotel ini
mempunyai wifi dan rasa saya, ianya mungkin salah satu hotel yang terbesar di
Sisophon. Saya suruh Faiz check in dulu sementara saya mencari kedai. Saya
tersilap kerana takda kedai disini, walaupun ada org yang cuba membantu, tetapi
dia tak pandai membuka cassette. Mereka disini kebanyakkan nya hanya menggunakan basikal single speed dan freewheel sahaja. Jadi dia memasang kembali roda saya. Saya
pulang dan berbincang dgn geng yang lain.
Jadi keputusannya, saya akan menaiki bas dgn basikal, manakala yang lain akan berkayuh ke Battambang. Malam itu, kami makan disebuah kedai islam berdekatan dgn Hotel yang kami menginap. Tuanpunya kedai ini adalah siswazah dari Universiti di Phnom Penh, tetapi mungkin disebabkan di Cambodia kurang pekerjaan, maka dia pun berniaga kedai makan di Sisophon
No comments:
Post a Comment