Saturday, 5 January 2013

2011, Nov 29, HARI-3 Cacheongsao-KabinBuri[SIAM-CAMBODIA RIDE]



Hari ni kami akan menuju ke Kabinburi. Plan asalnya kami akan ke Prachinburi, tetapi setelah berbincang malam tadi bersetuju untuk ke Kabinburi. Jaraknya agak sederhana, lebihkurang 75 km. Bangun pagi pada pukul 6 pagi dan kami mula bergerak untuk mencari breakfast. Semalam kami bertemu seorang student yang berasal dari Yala. Dia memberitau di bas stop terdapat satu gerai muslim yang menjual makanan halal, malangnya setelah mencari dan bertanya kepada orang yang berada disitu,tetapi jawapan agak hampa. Jadi kami pun berbincang dan memutuskan yang kami akan bersarapan dgn roti sahaja. Kemudian, jika ada kedai dlm perjalanan, baru kami akan bersarapan.

Dihadapan chalet di Chacheongsao


Kami mula bergerak pada pukul 8 pagi mengikuti highway 304, cuaca memang menunjukkan yang hari ini akan panas terik sepanjang hari. Pada 18 km pertama, kami berehat disebuah pondok sahaja. Kemudian selepas itu, acid dan abang nya berkayuh agak mantap juga, hingga saya dan Faiz ketinggalan di belakang. Apabila kami tiba disuatu simpang, Doc Olmo menanti kami, saya mengajak mereka untuk minum, kerana saya terlalu haus. Semasa itu sudah 30km kami berkayuh. Saya lihat papan tanda menunjukkan yang kabinburi 66km lagi. Bermakna jumlahnya adalah 96km dan bukanlah 75km seperti diberitahu oleh Doc Olmo sebelum ni. Jauh juga tu.. lagi2 dgn panas terik macam ini. Sambil berkayuh, saya dan Faiz sempat bergambar, tetapi kami kena cepat2 sebab Acid dan Doc Olmo hanya menumpukan pada kayuhan dan bukan pada sight seeing seperti kami.



Sepanjang dalam jarak 66 km itu, kami terpisah, kemudian regroup semula beberapa kali kerana keupayaan yang berbeza. Setelah pukul 2.45, kami pun berjumpa dgn sebuah masjid yang telah Doc Olmo setkan dlm gps beliau. Seperti dijangkakan, terdapat sebuah kedai makan islam disana. Tuan punya kedai itu fasih berbahasa melayu. Selamat kami, dapat bertanya pasal hotel dan kabinburi. Rupa2nya tiada lagi kedai halal di kabin buri selain dari kedai kakak ini dan jaraknya adalah 12km dari kabinburi. Disini kami makan nasi minyak dan sop daging. Walaupun lapar, saya tak dapat menghabiskan makanan itu kerana, sopnya agak pedas dan tak sesuai dgn selera saya. Harga 4 orang makan ialah 610 baht ataupun rm61. 


Antara tempat kami berehat dari panas terik


Kedai Muslim dimana kami makan tengahari

Nasi kuning yang popular di Thailand


Selepas makan, kami pun mencari hotel dgn menggunakan gps acid dan doc olmo. Kami bercadang mencari hotel yang berdekatan dengan kedai kakak itu, tetapi, semua hotel yang kami jumpa tak sesuai kerana tiada wifi. Kami pun bergerak ke pekan melalui jalan kampung. Ketika ini, tayar saya terasa lembik, rupa2nya mungkin dah pancit. Saya memanggil Faiz dan meminjam pam dia. Saya cuba pam, kalau2 nasib saya baik. Ok... tayar pun keras dan selepas itu kami mengejar Acid. Beliau dan abang nya sedang menunggu kami di penghujung kampung menuju ke bandar. Cepat, bateri gps nak habis..kata Acid. Jadi saya pun bergegas mengekori Acid manakala Faiz ketinggalan di belakang, mujur Acid dan meminta saya mengejar Faiz kerana dia dah tersilap masuk jalan. Setelah sempat memanggil beliau, kami pun pegi ke sebuah hotel bernama Sri Mongkutt. Konon nya ada wifi, tapi menurut penjaga tetamu, wifi hanya dibuka pada pukul 6. Kami tak puas hati, kerana takut ditipu, jadi kami mencari hotel yang lain. Malangnya hotel yang bagus2 telah penuh. Yang tinggal hanya rumah tumpangan ataupun chalet murah2... wifi jauh sekali lah. Jadi, kami terpaksa pulang semula ke Sri Mongkut dan mengambil 2 bilik twin sharing. Harga nya 350 baht.. ataupun rm35, murah tu.. bilik besar dan bersih. 

Bergambar di depan hotel


Sementara mereka unpack barang2 mereka di bilik, saya bersendirian dibawah menukar tiub saya yang telah bocor. Orang pertama mendapat tiub bocor dalam trip ini. Tetapi saya dapat tahu, Acid mengalami 3 kebocoran semasa perjalanan beliau dari Pasir Mas ke Sg Kolok. Lagi teruk.. hehehehe...Tiub yang lama itu, saya simpan untuk ditampal. Malamnya, saya telah menampal bocor itu. Kecik aje bocornya, mujur boleh dikesan apabila direndam didalam sinki.

Malam itu kami terpaksa mencari 7/11 untuk membeli roti sebagai mkn mlm. Saya beli roti slices tu, dan saya makan dgn serunding ikan bilis yang saya bawa dari rumah. Selepas itu, saya dan Acid duduk di lobby menunggu wifi dibuka oleh tuan punya hotel. Malam ini, dapatlah saya chat dgn isteri dan anak2, sementara acid membaca emails dan facebook. Doc Olmo pulak dapat menggunakan ipod untuk skype dgn wife dan anak2nya. Pukul 10.30 waktu Thai saya pun masuk tidur. Perjalanan esuk mungkin lebih meletihkan.



No comments:

Post a Comment