Saturday, 5 January 2013

2011, Dis 6, HARI-10 Siem Reap(Angkor)[SIAM-CAMBODIA RIDE]



Alarm talipon saya berbunyi pukul 5, macam biasa, tetapi hari ini kami akan melawat angkor, dan saya tak pasti pukul berapa ianya di buka. Saya tanya Faiz, dia pun tak pasti. Jadi saya tidur semula kerana saya merasa agak mengantuk. Lebihkurang pukul 6.30, saya terjaga dan cepat2 saya mandi. Kemudian setelah Faiz pun siap, kami turun untuk breakfast. Disini sama seperti Victory Guest House, mereka ada menyediakan sarapan percuma. Saya memilih untuk bersarapan roti dan telur dadar. Di Cambodia, mereka menggunakan roti Croissant untuk sarapan dan jugak minum petang. Roti biasa seperti di Malaysia, sangat jarang didapati.

Disini di mana kita membeli tiket
Dalam pukul 7.45 pagi, kami pun pergi ke entrance untuk memasuki ke Angkor. Kelihatan terdapat banyak bas dan kereta yang sedang berada dipintu masuk angkor. Ada yang sedang membeli tiket dan ada jugak sudah siap dan menunggu drebar membawa mereka masuk. Terdapat berbagai pelancong disini, tapi kebanyakkan nya dari eropah, jepun dan jugak korea. Saya perhatikan pelancong dari barat lebih berdikari, mereka suka menggunakan basikal dan menjelajah secara bersendirian tanpa pemandu pelancong, manakala pelancong dari Jepun dan Korea lebih suka melancong secara berkumpulan dan pemandu pelancong yang terdiri dari bangsa mereka sendiri.

Pelancong Korea



Jalan menuju ke angkor redup di lindungi pokok2. Seperti semalam, kami tiba di angkor vat dulu. Tapi kali ini kami dapat memasuki kedalam. Sebenarnya semalam, kami cuma bergambar di pintu luar sahaja. Bila saya masuk kedalam perkarangan angkor vat, saya merasa kagum dengan keluasan binaan angkor. Orang2 Khmer di zaman dahulu memang tinggi ilmu pembinaan bangunan mereka. Dari pintu luar hingga ke bangunan utama, lebihkurang 1/2 km jauhnya, dan bangunan utama itu, 213 meter ketinggian nya. Kami menjejalah keseluruhan angkor vat itu, kerana agak kagum dgn seni pembuatannya.





Sedang kami berpusing dan menjelajah Angkor Vat itu, kami bertemu dgn 2 kumpulan dari Malaysia. Seronok jugak dapat berbual dgn orang yang datang dari negara yang sama. Dapatlah bercakap Melayu. 1 kumpulan itu ada 3 beranak dari Terengganu, dan 1 kumpulan lagi dari sebuah syarikat Malaysia. Mereka agak terkejut apabila kami katakan kami datang dari Bangkok menggunakan basikal sahaja.








Kemudian kami pergi ke angkor Bayon pulak. Disini angkor nya mempunyai menara berbentuk kepala manusia. Saya cuma mengambil gambar di luar sahaja, saya biarkan Faiz explore didalam nya. Sedang kami sibuk mengambil gambar diluar, tiba2 kami disapa oleh seorang Cina. Rupa2nya dia adalah uncle Chew dan kumpulan nya telah sampai ke Siem Reap 1 hari lebih awal. Kumpulan uncle Chew memulakan perjalanan mereka dari Ho Ching Minh City, Vietnam pada 26hb nov. Mereka bergerak menuju ke Phnom Penh dan kemudiannya mengakhiri kembara mereka di Siam Reap seperti kami. Setelah bergambar dan berbual2, uncle Chew pun meneruskan perjalanan mereka untuk menjelajah Angkor yang lain, manakala kami pula tinggal disitu untuk explore angkor bayon.


Bersama Uncle Chew


Destinasi kami seterusnya adalah Angkor Thom. Angkor ini agak luas dgn berbagai2 binaan didalamnya. Ianya lebih luas dari Angkor vat. Ia mempunyai 4 pintu masuk yang dipanggil south gate, north gate, west gate dan east gate. Rupa gate ini adalah serupa. Tanpa peta, kita mungkin tak mengenali yang mana satu gate kita berada.


Dan kemudiannya kami mencari Ta Prohm temple. Temple yang famous kerana pembikinan cerita Tomb Raiders disini. Binaannya ditumbuhi oleh pokok ara. Mungkin kerana itu, ramai pelancong yang meminati temple ini untuk bergambar. Memang unik dan cantik untuk bergambar.



Telalu banyak binaan Angkor di kawasan ini sebenarnya . Untuk menjelajah dalam masa 1 hari memanglah agak letih. Setengah orang memilih untuk mengambil pass 3 hari. Harganya lebih murah, tapi bagi saya jika kita mempunyai kecenderungan dalam sejarah Cambodia, mungkin kita perlukan 3 hari untuk menjelajah semuanya. Jika seperti saya, 1 hari sudah memadai, kerana, kesemua nampak hampir sama sahaja. Kelemahan yang saya rasakan ialah mereka tidak menyediakan penerangan tentang setiap Angkor itu dalam bahasa Inggeris. Kita terpaksa menggunakan khidmat pemandu pelancong untuk mengetahui sejarah Angkor itu. Bagi saya, saya membeli sebuah buku mengenai Angkor dan saya gunakan nya sebagai rujukan. Buku itu boleh didapati dari kanak-kanak yang berlegar2 disitu menjual cenderahati seperti skaf dan gelang.





Kami pulang dalam pukul 3 ptg. Dalam masa kami menjelajah angkor, saya sempat membeli cenderahati lagi buat isteri dan anak2. Kami tiba ke guest house pada lebihkurang pukul 4. Saya lihat Acid sedang sibuk membuka basikal untuk di bungkus kan kedalam beg. Setelah kami berehat sebentar, kami pun membuka juga basikal untuk dimasukkan kedalam beg. Sesudah siap, nampaknya malam, kami tidak dapat berjalan kemana2 lagi. Malamnya kami makan di guest house. Kalau dihitungkan, makan di Guest House Bu Savvy ini adalah lebih murah dari makan di Bandar. Dan kemudiannya kami hanya duduk2 di guest house untuk menggunakan wifi. Seperti biasa, saya akan chat dgn isteri dgn menggunakan YM. Kami tidur awal, kerana esuk kami akan berangkat pulang ke KL. 
Packing Basikal

No comments:

Post a Comment