Pagi
ini saya bangun macam biasa pada pkl 5. Kemudia saya mula mengemas pakaian saya
sambil itu saya sempat lagi menyambung journal saya. Sedang saya menulis, Faiz
pun mengetuk bilik saya. Dia mengajak saya untuk sarapan. Kami bersarapan di
kedai vegeterian semalam. Tapi kedai ini adalah cawangan yang lain. Kedainya
berdekatan dgn stesyen bas Battambang.
Dalam bersarapan tu, kami berbincang untuk membatalkan tiket bas kami dan tinggal 1 malam lagi di Battambang. Saya teringin untuk mencuba bamboo train yang telah saya saksikan semalam. Jika berdua, saya cuma akan membayar 5 usd. Jimat sikit. Kami pergi ke stesyen bas dan saya serahkan tugas menundakan tiket ini kepada Faiz. Faiz telah berjaya menukar tarikh tiket kepada esuk 4hb Dis 2011 tanpa apa2 bayaran lebih.
Selepas itu, kami pergi semula ke hotel Yean Yean untuk menempah 1 malam lagi. Kali ini kami meminta bilik dgn 2 katil single. Harganya ialah 12 usd. Selepas kami meletakkan beg, saya pun mengajak Faiz untuk pergi ke kedai basikal yangg telah saya nampak semalam semasa dalam perjalanan ke bamboo train. Dalam perjalanan itu, kami sempat bergambar dgn patung “Battambang” di sebuah bulatan dimana jalannya menghala ke Phnom Pehn. Battambang bermaksud ”kayu yang boleh ghaib”. Ianya dipunyai oleh seorang dukun zaman dahulu kala. Konon2nya kayu ini mempunyai kuasa ajaib. Dan dengan kayu ini dia memerintah Battambang dgn zalim sehinggalah Battambang di bebaskan oleh seorang raja Cambodia yang ketika itu sedang belajar untuk menjadi seorang sami.

Patung Battambang di tengah bulatan, disini mereka meletakkan persembahan mereka kepada Battambang. |
Apabila
kami sampai ke kedai basikal itu, memang sukar untuk berkomunikasi dgn pekerja
kedai itu mengenai masalah basikal saya itu. Mujur, di kedai sebelah ada
seorang perempuan di kedai sebelah boleh menterjemahkan nya. Selepas jejari
saya di pasang, kami mencari barang2 yang boleh kami beli. Kedai disini banyak
mengimport basikal terpakai dari Jepun, lebihkurang macam kita yang import
kereta potong dari Jepun juga. Jadi diantara basikal2 ini, yang mana elok akan
di baikpulih dan dijual dgn harga murah, manakala yang tak boleh di baikpulih
akan dijadikan sebagai spartpart. Faiz dapat mudguard dan rear derailer
protector. Manakala saya dapat rear derailer protector. Sangat berguna untuk
basikal yang sering digunakan untuk touring. Selepas selesai, kami pergi ke
Muzium Battambang yang berdekatan di tepi sungai.
Kedai basikal di Battambang |
Faiz sedang meneliti basikal Jepun |
Muzium
nya tak berapa besar, tapi artifactnya banyak juga, kebanyakkan nya adalah
batu2 dari kuil. Bayaran nya 1 usd. Yang kurang memuaskan ialah mereka tidak
banyak menggunakan bahasa inggeris dalam penerangan artifact disitu. Setelah 1
jam disitu, kami pun berlalu dan singgah di gerai air tebu. Perut pun dah
lapar, jadi kami berkayuh ke gerai yang saya makan tengahari semalam. Malangnya
kedai itu ditutup hari ini. Mungkin sebab hari ini adalah hari sabtu, jadi dia
tak buka hari ni.
Kami di beritahu yang kepala nya telah di curi dan di jual di pasaran gelab. |
Kami
makan di restoran vege semula. Harga disini agak mahal dan kami mula merasakan
kami patut mencari tempat yang lebih muurah. Setelah makan, kami pulang ke
hotel untuk berehat. Dalam pukul 4, kami keluar berjalan2 di pasar sambil
window shopping. Kami mencari driver tuk tuk yang boleh berbahasa inggeris
untuk membawa kami ke tempat bamboo train. Kali ini, saya ingin mencuba nya.
Harga nya 10 usd, dan kami kongsi bersama. Memang menyeronokkan menaiki bamboo
train ini dan saya faham mengapa ramai pelancong suka datang kesini. Di akhir
landasan, terdapat ramai pelancong barat sedang menunggu keretapi mereka.
Selalunya org memilih untuk datang pada waktu matahari terbenam.
Apabila 2 bamboo train bertembung, train yang paling kurang muatan akan di angkat dari rel, untuk melepaskan train yang lagi satu. |
Pelancong dari barat bersedia untuk pulang. |
Setelah matahari terbenam, baru train akan mula bergerak pulang. |
Setelah matahari hampir terbenam, kami pulang
semula ke stesyen bamboo train itu. Driver tuk tuk telah pun menunggu untuk
membawa kami pulang. Kami meminta dia membawa kami ke restoran india. Saya
memakan naan garlic bersama kuah dhal. Faiz memakan briyani vege. Jumlahnya 11
usd. Sesudah makan, kami pun pulang ke hotel. Sesuatu yang agak memeranjatkan
kami hari ini ialah tv di hotel ini boleh dapat siaran tv3. Saya masih tak
paham macamana tv disini boleh menyiarkan siaran tv3, mungkin menggunakan Satelite
kot...Jadi malam itu, saya chatting dgn isteri sambil melihat tv3.... seperti
berada di Malaysia.
No comments:
Post a Comment