Saturday, 5 January 2013

2011, Nov 27, HARI-1 KL-Butterworth[SIAM-CAMBODIA RIDE]



26hb Nov 2012, pada pukul 8 mlm, Faiz dan Shafie telah pun muncul dihadapan rumah saya untuk menjemput saya ke klsentral. Sebenarnya keretapi kami cuma akan bergerak pada pkl 11 mlm, tetapi kami pergi awal kerana khuatir ketinggalan keretapi. Agak bosan menunggu keretapi pukul 11, tetapi saya habiskan masa berbual2 dgn Faiz. Pukul 10.50, kami turun ke platform dan kami mencari tempat duduk kami. Perjalanan malam agak bosan, keretapi tersangat sejuk dan seat keretapi agak sempit untuk 2 orang. Kami tiba di Butterworth, 27hb Nov pada pkl 7 pagi. Tiba di Butterworth, kami mencari tempat untuk menyimpan bag. Mujur ada sebuah kedai serbaneka yang memberi khidmat untuk menyimpan barang. Jika tidak, kami terpaksa mengendung basikal kami kesini sana. Sedangkan perjalanan dari gerabak kestesyen pun kami dah berhenti 3 kali untuk berehat, bayangkan jika kami terpaksa berjalan lebih jauh dari itu.




Setelah dapat tempat menyimpan beg, kami pun bergerak ke jeti feri untuk ke seberang. Sebenarnya tiada apa yang kami cari, hanya untuk membuang waktu sambil menunggu keretapi ke Bangkok tiba. Walau bagaimanapun sempat juga kami merasa nasi kandar line clear. Dalam lebihkurang pukul 11, kami bergerak ke Butterworth. Tujuan kami yang utama ialah menuju ke Bangkok dan kami tidak mahu membuang banyak masa di Pulau Pinang.Tetapi agak membosankan menunggu di stesyen keretapi butterworth, kerana stesyen itu masih dalam pembinaan, dan stesyen yang ada sekarang adalah stesyen sementara. Sambil menunggu itu, saya sempat berbual2 dgn pelancong yang datang dari negara2 barat. Kebanyakkan dari mereka telah pun bersiar2 di Malaysia dan kini mereka meneruskan perjalanan mereka ke Thailand.

Pada pkl 1.30ptg, keretapi ke Bangkok pun sampai. Tiada pengumuman yang kami dengar, tetapi ada satu lelaki yang kerja disitu memberitahu kami bahawa keretapi sudah tiba. Hanya ada 2 gerabak sahaja keretapi dari Thailand itu. Agak sukar juga nak memasukkan basikal kami didalam keretapi, walaupun basikal itu telah di pack kemas dlm beg. Tetapi pegawai keretapi Thai  adalah flexible, dan mereka menyuruh kami meletakkan beg kami ditepi kerusi ditengah isle. Kalau ktmb, tentu ini tidak dibenarkan sama sekali.



Keretapi Thai ini saya rasakan lebih baik lagi dari keretapi yang kami naik semalam. Tandasnya juga lebih bersih dan kerusi adalah lebih selesa. Kebanyakkan penumpang yang menaiki adalah pelancong dari barat dan juga dari Jepun. Hanya sedikit sahaja penumpang tempatan, termasuk kami berdua. 

Pukul 2.20 ptg, keretapi bergerak tepat pada waktu. Hairan jugak saya, kerana didalam perjalanan ke sempadan, ramai penumpang tempatan yang menaiki keretapi dgn tiket tanpa nombor. Ada pada suatu masa tu, hingga ramai yang terpaksa berdiri seperti menaiki komuter. Mungkin ini adalah caranya penduduk disini menggunakan perkhidmatan keretapi. Saya perhatikan kebanyakkan dari mereka adalah dari Universiti Utara Malaysia. Mungkin mereka balik membeli belah di Alor Star, agaknya.


Makan malam kami didalam keretapi.
Pada pkl 6, kami sampai di padang besar, disini kami dikehendaki turun untuk chop passport. Saya tidak tahu yang disini tak perlu bawa beg. Saya membawa beg saya yang berat. Penumpang2 lain hanya membawa beg kecil sahaja, yang mungkin berisi duit dan document perjalanan. Di sini kelihatan seperti stesyen keretapi, tetapi tiada orang naik atau pun turun yang ada cuma imegresen Malaysia dan imegresen Thailand. Imegresen Malaysia senang je, mereka scan guna computer, tetapi dibahagian Thai pula, kena ambik gambar. Kita terpaksa berdiri dihadapan kamera, Tapi ianya mudah aje.

Faiz melihat katil nya yang telah disiapkan oleh attendant
Setelah itu, kami menaiki semula keretapi. Kali ini attendent keretapi dah berpakaian kemas dengan uniform mereka. Tadi diMalaysia mereka hanya memakai t-shirt. Saya perhatikan line talipon Malaysia sudah mula hilang dan digantikan dgn Dtac Thailand ketika keretapi mula memasuki Thailand. Walaubagaimana pun saya sempat sms dgn isteri sebelum line talipon bertukar kepada line Thailand. Keretapi bergerak dengan lancar, sebentar sahaja kami tiba di hatyai junction. Di stesyen ini, lebih ramai penumpang yang naik, tetapi kesemuanya adalah warga ThaIland. Lebihkurang pukul 8, katil kami pun di siapkan oleh attendent keretapi, dan selepas itu, ramai yang mula masuk tidur. Untuk saya dan Faiz, memang ini yang ditunggu2 kerena kami tak cukup tidur pada malam sebelumnya.




.

No comments:

Post a Comment