Hari
ni saya bangun macam biasa, pagi ini kami akan bertolak ke Siem Reap seperti
dirancangkan semalam. Setelah mandi dan bersiap2 kami keluar dulu untuk mencari
sarapan. Mula2 kami pegi gerai halal di tengah bandar. Hari ni kedai itu buka
tidak seperti semalam. Tapi malangnya, makanan belum masak lagi. Jadi kami
pergi kedai vege semalam. Dalam perjalanan itu, tiba2 saya perasan ada lagi
satu kedai makan halal di belakang pasar. Kenapa saya tak nampak semalam
sebelum ini, saya pun tak tahu... Pelik gak.
|
Gerai makanan islam yang terdapat di Battambang |
Kami cuba bertanya kepada penjual makanan itu,
apa yang mereka jual, tapi mereka tidak tahu berbahasa inggeris dan bahasa
melayu. Agak susah jugak nak order makanan jika mereka tidak paham apa yang
kami hendak makan. Saya hanya menunjukkan sesuatu yang nampak macam mee segera.
Faiz pulak memilih untuk memakan nasi ayam. Sedang kami duduk menunggu makanan,
Faiz melihat2 talipon yang di jual disitu. Dia ingin membeli SD card. Oleh
kerana ghairah mengambil gambar, SD card yang dibawa telah pun penuh. Lelaki
yang menjual talipon dikedai ini adalah juga owner kedai makan disini. Dan rupa2nya
owner kedai ini tahu berbahasa melayu, kerana dia pernah tinggal di Malaysia
selama 1 tahun di Shah Alam. Kami berbual2 dgn beliau dan beliau menceritakan
mengenai kehidupan beliau di Shah Alam. Dia mendapat latihan di sebuah kilang
di Shah Alam, malangnya apabila balik ke Cambodia, dia tak mempunyai pekerjaan.
Mujur dia punyai sebuah rumah di tengah bandar yang boleh di buat kedai.
Makanan disini agak enak dan saya makin menyukai mee sop mereka, kerana
kelainannya mereka menggunakan mee kering, tidak seperti kita yang menggunakan
mee kuning, dan sop nya rasa berkacang.
|
Mee Soup yang lazat |
|
Nasi Ayam |
Setelah makan, kami pulang ke hotel untuk
menyiapkan beg kami. Pukul 8.50 pg, kami pun check out dan pergi ke bas
stesyen. Telah ramai orang berada disini dan ramai yang membawa berbagai2
barangan di dalam kotak. Saya dan Faiz agak risau kerana khuathir basikal kami
tidak boleh masuk kedalam bas. Bila bas datang, orang pun berpusu2 menaiki bas,
kami pulak, sibuk mencari drebar bas untuk menyuruh dia memasukkan basikal
kedalam perut bas. Mula2, drebar tu agak pening juga, tetapi selepas seketika,
dia pun membuka tayar basikal saya dan kemudian membuka tempat barang. Masih
kosong lagi, drebar itu menyorong basikal saya ke dalam bas. Ok je... basikal
Faiz lak di masukkan ke di sebelah bertentangan.
|
Stesyen Bas Battambang yang hiruk pikuk. |
|
Bas berhenti rehat di pertengahan perjalanan. |
|
Antara makanan yang di jual di kawasan rehat. Hmmmm... tak boleh nak makan. |
Pkl 10.30 bas bergerak laju ke Siem Reap, mula2
sampai semula ke Sisophon, kemudian ke Siem Reap. Kami tiba di stesyen Siem
Reap pada pkl 2.00. Setelah basikal di keluarkan dan di pasang, saya pun
berkayuh mencari highway no 6, ke poypet. Saya sempat bertanya kepada orang di
stesyen bas, dia kata Victory Guest House selepas stesyen minyak Caltex. Jadi
landmarknya adalah stesyen Caltex.
|
Setiba di Siem Reap, kami menjumpai bangunan yang mempunya ciri2 arkitetur Khemer. |
|
Kanak-kanak perempuan ini meminta sedekah di Siem Reap, tidak di ketahui samada ibu nya berdekatan ataupun tidak. |
Selepas kami melalui istana Raja, saya merasa
agak keliru, risau kalau2 ianya jalan mati. Saya bertanya pada orang yang
berada ditepi jalan. Dia menunjukkan terus sahaja. Ok, saya pun terus gak.
Memang betul kata dia, di depan itu, terdapat stesyen minyak caltex. Saya
perlahan kan basikal saya, dan saya pun nampak papantanda vitory guest house.
Kami memasuki di lorong itu, dan saya berhenti di depan guest house. Tempat
sambut tetemu nya didalam cafe. Ketika saya masuk, saya terpandang seorang
melayu sedang duduk didalam cafe tersebut... Doc Olmo, dlm hati saya.
"Assalamulaikum", kata saya. "Waalaikumsalam", jawap Doc
Olmo.. sambil tersenyum. Dah 2 hari tak jumpa dia, sejak terpisah di
Battambang. Jadi setelah kami diberikan kunci bilik dan kami meletakkan beg
didalam bilik, kam pun berbual panjang. Oleh kerana kami belum makan, kami
bertanya dimana kami boleh pergi makan. Doc Olmo menunjukkan jalan ke KFC
disini. Ok jugak, dah lama jugak tak makan KFC. Jadi saya dan Faiz pun
mengambil basikal kami dan pergi ke KFC yang agak berhampiran jugak dengan
guest house kami. Saya memakan burger udang dan chezzy wedges. Harga disini
semuanya menggunakan US dolar. Risau lak tengok harga nya. Burger udang
berharga 1.80 usd, manakala chezzy wedges 1.50 usd.
|
Victoria Guest House |
|
KFC |
|
Pasar Seni ala Siem Reap.. banyak barangan cenderahati yang di jual disini. |
Selepas
makan, kami pun pusing2 di Pekan. Kami pergi di sebuah market seperti central
market di Kuala Lumpur. Tujuan kami adalah untuk membeli cenderahati untuk
dibawa pulang. Berbagai2 barang yang dijual, semua nya dalam us dolar. Tanpa
kami sedar, kami telah berbelanja lebih dari sepatutnya.
Kemudian kami pulang ke guest house kami semula. Kali ini kami dapat bertemu
dgn Acid. Acid berkata malam ini kami akan bertemu dgn geng motor MBC yang juga
membuat satu trip motorsikal ke Cambodia. Tempat yang dijanjikan ialah di KFC
yang kami makan tengahari tadi.
Saya
dan Faiz keluar awal kerana kami ingin mencari autoteller untuk mengeluar lagi
sedikit duit. Kami menggunakan tuk tuk sahaja kerana kekurangan waktu. Tapi
malang bagi kami, duit tidak dapat dikeluarkan. Jadi kami pun memutuskan untuk
pegi ke kedai makan muslim, kerana tak puas makan di KFC tadi. Drebar tuk tuk
itu membawa kami ke sebuah mesjid, dimana terdapat sebuah kedai makan Islam.
Tapi sunyi sahaja tanpa pelanggan. Saya merasakan rakyat tempatan tak berapa
mampu makan di kedai. Saya memakan nasi dengan ikan dan kerabu mangga. Harga
nya mahal gak....15000 riel. Lepas makan, kami jalan kaki sahaja ke night
market yang berdekatan untuk melihat lagi apa yang ada. Saya sempat lagi
membeli handbeg mengkuang dan skarf.
|
Pasar Malam, susah nak nampak muka orang tempatan membeli belah disini |
|
Sutera Cambodia. |
Dalam pusing2 tu, saya bertemu dgn Mohdi dan
kawan2 nya. Musket pun ada sekali. Kami pun pegi ke KFC utk bertemu dgn Acid
dan Doc Olmo. Tak lama selepas itu, Acid dan Doc Olmo pun sampai. Kesemua geng
motor bersungut yang Cambodia adalah agak mahal kalau dibandingkan dgn
Thailand. Saya dan Faiz balik awal, sebab kami ingin tidur awal. Saya pula
ingin online dgn isteri. Esuk kami akan berpindah ke Guest House yang lain.
|
Geng2 Motorsikal pening kepala memikirkan bagaimana geng basikal boleh sampai dulu... hehehe. |
No comments:
Post a Comment