Macam biasa saya bangun pukul 5 pagi. Hati saya
berbelah bagi untuk mengikuti mereka ke kampung terapung, sebabnya tangan
sebelah kanan saya terasa kebas. Tetapi, jika saya tak ikut, saya tak tahu apa
yang saya akan buat hari ni. Nak pusing bandar, tanpa duit, saya rasakan
membuang waktu sahaja. Jadi selepas sarapan, saya pun mengikut mereka ke hotel
Bou Savvy dahulu untuk meninggalkan beg kami, kemudian kami berkayuh menuju ke
Phnom Pehn. Tapi tujuan kami bukanlah ke Phnom Pehn, tujuan kami ialah ke
kampong Phluk.
|
Persimpangan dimana jalan menuju ke Kampong Phluk bermula. |
Kampung
Phluk adalah sebuah perkampungan yang berdekatan dgn Tasik Tonle Sap di Siem
Reap. Keistimewaan kampong ini, ialah kampong ini dibanjiri air selama 9 bulan
setahun. Rumah2 disini dibina diatas pacangan kayu setinggi 15 kaki. Diwaktu
air pasang, kayu itu hanya tinggal 3 kaki dari paras air.
Jalan menuju
ke kampong phluk sangat rata, perjalanan lebihkurang 15km dan cuma apabila kami tiba disimpang untuk
masuk ke kampung nya, barulah melalui jalan tanah merah. Terdapat sebuah angkor
ditepi jalan, dan kami berhenti untuk melihatnya, tapi kami tak dibenarkan mendekatinya
kerana kami hendaklah membeli tiket di Angkor Wat dahulu. Rupanya Angkor ini
sebahagian dari Angkor2 yang terdapat di Siem Reap. Jarak nya agak jauh dari SiemReap,
mungkin setengah pengunjung yang membeli tiket Angkor, langsung takkan tahu keujudan
Angkor ini, jika tidak sampai disini. Kami meneruskan perjalanan melalui
kampung2 yang terdapat disini. Saya teringat cerita P.Ramlee ditahun 50an.
Mungkin ditahun 50an, negara kita beginilah keadaan nya. Rumah agak daif,
kanak2 tak berbaju dan tak berseluar. Jalan tak berturap.
|
Sebuah Angkor dalam perjalanan kami ke Kampong Phluk. |
|
Rumah2 begini ada lah biasa bagi penduduk disini. |
|
Kanak-kanak bermain ditepi jalan. |
Lebihkurang
10 km dari simpang itu, kami pun nampak banyak bot dan sebuah bangunan di
tepinya. Kami telah tiba di jeti untuk ke kampung terapong itu. Ada banyak tuk
tuk dan juga pelancong yang sedang membeli tiket. Harga nya adalah 15 usd.
Sangat mahal, kerana jika kita membeli tiket boat untuk ke Battambang,harganya
ialah 20 usd, dan jarak untuk ke Battambang adalah lebihkurang 140km, 10 jam
menaiki bot. Tetapi ada seorang agen memberi kami diskaun mungkin kerana kesian
melihat kami menaiki basikal. Dia memberi 10 usd. Setelah cuba menawar lagi
tetapi tidak berjaya, kami pun membayar 10 usd tu. Perjalanan ke kampong Phluk itu mengambil masa lebihkurang 40 minit. Mula2
melalui sungai yang berkeluasan lebihkurang 10 meter lebar, Saya diberitahu
oleh Doc Olmo yang mengikut gps nya, di sebelah sungai itu, terdapat sebuah
jalan. Tetapi jalan itu di tenggelami air, dan kini kelihatan hanyalah sebuah
sungai. Apabila kami sampai di kampong terapong tu, rasanya memang agak aneh dan
timbul rasa kesihan dgn kehidupan mereka. Kanak2 sekecil 4 thn membantu ibu
mendayung sampan membawa pelancong. Keadaan mereka memang nampak susah dan
pelancong yang datang banyak membantu memberi kewangan kepada mereka.
|
Jeti sampan untuk ke Kampong Phluk. |
|
Mereka cuma menggunakan kerusi meja makan didalam bot mereka. |
|
Kanak-kanak bermain di dalam sampai sambil menunggu pelancong. |
Bot itu kemudiannya keluar ke muara sungai dan
masuk ke tasik tonle sap. Kemudian bot itu berhenti disitu. Tonle Sap adalah
tasik semulajadi yang terbesar di Asia Tenggara. Kita tidak dapat melihat
daratan apabila berada di tasik ini. Setelah 10 minit, bot itu pun berpatah semula
ke jeti. Sampai di jeti, kami membuka kunci basikal dan kami berkayuh kembali
ke jalan besar. Kali ini, kami tak melalui jalan yang kami datang, tetapi
mengikut jalan yang lain yang lebih dekat. Tidak lama, kami sampai di jalan
besar, kemudian kami berkayuh kembali ke siem reap.
|
Inilah permandangan apabila keluar dari muara sungai dan memasuki Tasik Tonle Sap. |
|
Persekolah tetap di teruskan. |
Acid mengajak makan di kedai muslim yang saya dan Faiz makan semalam, jadi saya
terpaksa lead. Dalam kami berkayuh itu, Faiz lak hilang tak tahu kemana. Tapi
kami sampai ke kedai muslim di sebelah masjid itu. Kali ini saya memakan mee
sop yang berharga 6000 riel. Bersama dgn air botol, semua nya berharga 8000
riel. Selepas itu kami ke Bou Savvy Guest House. Rupa2nya Faiz telah pun sampai
di guest house, dan sedang menunggu kami. Saya mandi, dan selepas pkl 4.50 ptg,
saya dan Faiz keluar untuk membeli tiket angkor. Sebelum itu, saya menukar baki
duit ringgit saya yang tinggal rm150 lagi kepada dolar.
|
Kedai makan ini telah ditutup, ianya di sebelah Masjid Siem Reap. |
Kami sampai di kaunter tiket lebih kurang pkl 5.15 ptg. Sempat jugak kami
membeli tiket, sebab kaunter tutup pkl 5.30 ptg. Harga tiket 20 usd, dan kami
membeli tiket untuk hari esuk. Selepas membeli tiket, kami masuk sekejap untuk
melihat angkor vat. Sampai di angkor vat, saya agak kagum dengan keluasan
strukktur angkor itu. Besar juga binaannya, tentu susah membina nya di zaman
dahulu.. Saya mengambil beberapa gambar kemudian bateri saya menjadi lemah.
Tapi tak apa, sebab hari sudah pun gelab dan pegawai disana mengarahkan orang
keluar dari angkor. Saya dan Faiz kemudian nya pulang berkayuh dalam kegelapan
malam menuju ke Guest House kami. Tetapi sebelum sampai ke Guest house, kami
berhenti di sebuah minimarket dulu untuk membeli bekalan untuk dibawa esuk. Bekalannya
hanya lah roti dan air mineral. Esuk kami akan meronda seluruh tapak angkor dan
kali ini saya sudah bersedia mengecas bateri kamera saya.
No comments:
Post a Comment