Pagi ini seawal pkl 5, saya dan Faiz telah bangun untuk bersiap2. Kami akan bergerak ke kedai makan halal yang berhampiran dgn masjid semalam pada pkl 6.15 pg, dan kami bercadang untuk bersarapan disana.
Apabila
saya turun ke lobby, saya lihat Doc Olmo telah mendahului saya. Acid dan Doc
Olmo telah pn menyiapkan basikal mereka dgn beg mereka. Saya pun terus memasang
beg dan bersedia untuk check out. Setelah kunci diserahkan, kami pun terus
bergerak ke highway 304.
Dalam
perjalanan itu, tayar saya buat pasal lagi... ia meletop. Mujur Faiz ada
bersama ketika itu. Kami pun segera menukar tuib kerana khuatir ketinggalan di
belakang. Setelah siap pasang tayar, rantai saya lak buat hal, jatuh
lak...frust betul saya, awal pagi lagi dah memberi banyak masalah.
Setelah
rantai di pasang, kami pun segera menuju ke kedai makcik semalam. Rupa2nya,
walaupun mereka tiba awal, tetapi makanan belum siap lagi, jadi mereka terpaksa
menunggu. Kami bersarapan nasi goreng dgn telor dadar. Harga ialah 112 baht
seorang.
Setelah
kenyang, pkl 8 pg, kami pun mula mengayuh melalui jalan kampong mengikut gps
Doc Olmo. Jalan disini sunyi dan tak banyak kereta, yang banyak adalah anjing
yang dibela oleh orang2 disini. Best jugak mengikuti jalan kampong ini walaupun
banyak anjing, tetapi pemandangan nya agak menarik. Tetapi seperti biasa, tahap
kepanasan nya memanglah sangat tinggi. Setelah keluar masuk kampong, pada pkl
11, kami masuk ke highway 539. Terus ternampak pintu gerbang WELCOME TO SAKEAO.
Rasa macam dah dekat, tapi rupanya masih jauh lagi. Dan bila berkayuh di
highway, sudah tentu kepanasan nya hingga boleh mendidhkan otak. Kami berhenti
sebentar di tepi jalan untuk minum dan menikmati telor rebus yang telah kami
beli di kedai makcik tadi. Inilah lunch kami. Saya ada membawa biskut fiber,
jadi saya makan biskut.
Kami
berkayuh semula setelah setengah jam berehat. Tak lama kami bergerak, nampak
lak kedai makan, tapi dah tentu bukan halal. Tapi cuma ingin membeli air
mineral aje. Selepas itu kami berkayuh lagi dalam kepanasan tengahari.
Setelah
menghampiri 80km berkayuh, saya berkata pada Acid' kita singgah di pekan depan
je lah, Acid pun setuju. Tapi masih ada 13km lagi. Acid kata, kita singgah
makan dulu lebihkurang 12 km dihadapan. Konon2 ada kedai makanan halal. Tapi
sebenarnya, sudah ditutup. Jadi kami berhenti di sebuah petrol station dan
makan aje roti.
Selepas itu, kami pun sampai ke Wathanna Nakhon. Kalau mengikut gps, cuma terdapat 1
aje hotel disini, selain nya ada di Aranyaprathet. Kami pun pegi ke hotel
tersebut yang bernama Nakhon Hotel. Malangnya cuma ada 1 bilik je. Saya pun pergi
mencari hotel lain. Puas saya menanya org, semuanya menunjuk kepada saya hotel
Nakhon juga. Saya katakan full house. Ntah camna, ada seorang lelaki yang saya
bertanya, mengatakan ada hotel lain selain dari hotel Nakhon. Dia memanggil
kawan dia yang memandu lori untuk menunjukkan kepada saya. Dia bawa lori, saya
mengayuh basikal, dah kayuh 93 km, kena kejar lori lak... mujur tak jauh, dan
kami sampai di tempat itu. Saya rasa guest house ini adalah terbaik saya dapat
sepanjang trip yg telah dilalui. Reward untuk saya. Banglo 1 bilik, air cond,
king bed, wifi, bilik air besar, semuanya cuma berharga 400 baht. Wahhh.. sungguh
bagus... saya dan Faiz mengambil seorang 1 banglo.
Masalah
kami kemudiannya adalah makan malam. Setelah 1 hari bertungkus lumus berkayuh,
kami rasakan kami kena makan makanan berkhasiat. Semasa kami datang, kami
nampak papantanda masjid. Jadi bercadang mencari. Kedai makan halal berdekatan
dengan masjid. Malangnya tiada pun kedai makan disitu. Saya bertanya dgn
seorang lelaki yang baru keluar masjid itu, dia kata dia akan bertanya kepada
bapa mertua dia. Lelaki ini pandai berbahasa inggeris,pernah belajar di Afrika
Selatan dan dia yang menjadi penterjemah kami. Memang tak ada restoran islam di
Wathana Nakhon. Yang paling hampir adalah di Aranyaprathet. Tetapi mereka dgn
baik hatinya telah menyediakan makanan untuk kami. Nasi dan drummet ayam
goreng. Lazat, hingga licin makanan itu semua. Setelah solat berjamaah, kami
pun pulang semula ke hotel. Sebelum itu kami sempat singgah di 7/11 untuk
membeli roti sebagai sarapan esuk.
Malam itu, saya habiskan masa untuk chatting dgn isteri dan anak2 saya. Esuk, kami akan memasuki Cambodia. Tentu berbeza dengan Thailand.
No comments:
Post a Comment