Sunday, 13 January 2013

2012 Julai 7 - Kuala Kangsar - Tasik Raban - Kuala Kangsar 82km ride

2012 Julai 7 - Kuala Kangsar - Tasik Raban - 50km ride 


Assalamualaikum dan Alhamdulillah syukur kehadrat illahi diatas kejayaan kedua anakanda ku Azmil Fikri (9)dan Akmal Fikri (11) diatas Cycling trip nya yang pertama .2 hari 1 malam dari Kuala Kangsar ke Tasik Raban sejauh 50km hari pertama dan balik sejauh 32km hari kedua..
Kami bertolak dari Ampang ke Kuala Kangsar seawal pukul 4 pagi dah singgah dirnr Tapah untuk solat subuh jam 6 pg dan sarapan pagi dirnr Sg.Siput pada jam 7pg.
 
Malang nya dirnr Sg Siput tak ada nasi lemak bungkus kegemaran mereka..jadi Akmal dan Azmil hanya ambil air panas sebagai pengalas perut mereka.Jam 8 pg kami tiba di rumah Yop Mat Isa..sepupu suami ku di kampong Jemuan.Kami tumpang kereta dirumahnya..dan terus bersiap sedia segala kelengkapan untuk berbasikal.
Akmal dan Azmil pun turun tangan memasang basikal kerana terlalu ghairah untuk pengembaraan berbasikal kali ini…
 
Akmal dan Azmil benar2 turun padang pasang tayar ,bag makanan sendiri…sebenarnya dalam kotak minda mereka telah set hari ni mesti kayuh 30km…
 
Jam 9.10pg kami pun mulakan perjalanan yang mungkin mencabar ini.Jalur Gemilang memang dipasang oleh suami ku untuk menambah semangat pada anak2nya.
 
Ini  selepas 500 meter simpang pertama masuk ke Grik dan jalan  sangat sesuai lebar, ada jalan motor/basikal dan rata disamping rimbunan pokok redup ditepi jalan..suasana nyaman berkayuh dipagi hari..kami berkayuh dalam 3km dan berhenti sebentar diatas jambatan laluan keretapi untuk meneguk air dan bergambar sejenak.
 
Akmal Azmil happy jer..belum ada cabaran …jln memang cantik ,kenderaan memang kurang..kami ada juga bertembung ngan group cycling lain..dia orang sedang menhadapi masaalah dengan basikal..Aj Cuma angkat tangan…Akmal dan Azmil bunyi kan loceng mereka tanda beri salam…
 
Setelah berkayuh 6km kami berhenti di perhentian pertama..mengisi perut yg lapar dan rasa dah terlajak simpang yang sepatut nya kami masuk untuk menghala ke laluan tepi sungai..kalau jalan terus kami terpaksa masuk highway..jadi terpaksa patah balik kebelakang sejauh 2 km sahaja..
 
Akmal dan Azmil pun menikmati bekalan telur rebus dan nugget goreng serta roti hotdog yg saya bekal kan untuk tambah tenaga mereka.







 Setelah patah balik ke belakang dan masuk melalui simpang Lembah Jarau baru lah mula semua cabaran..bermula dengan yg ni yg pertama..abah dia kata ..dah tak da bukit lagi..ni paling tinggi..tunggu dan lihat…


Bukit yg pertama…naik sampai atas..tengok Azmil…attack bukit..trend dia..bangun kayuh..turun bukit..ada lagi bukit kat depan tu..yg kedua..


Selepas bukit didepan ni Akmal Azmil dah penat jadi kami berehat selepas 12km ditepi hutan yg redup..jalan yg lengang.Duduk saja di atas rumput yang sejuk tu..hilang kan lelah..sambil borak2 pasal bukit tadi..











 









Selepas 15min kami sambung semula perjalanan..jalan Nampak rata belum ada bukit lagi..



Bukit yg ketiga..mak kita tak leh kayuh..tak apa…berhenti dulu..tolak pelan2 ya…nak..Mak nya yg bawa basikal lipat tayar kecik pun macam nak tercabut urat perut..tuh..


Bukit yg keempat..emak pun turun la..kita tolak sama2 ya nak..sambil bual2 pun tak pa…Azmil gelak je..dalam penat tu..














Akhirnya sampai kekemuncak…emak Azmil nampak atas pokok je…hahaha ya la kita dah naik tinggi..ni



Ingatkan dah habis kemucak, turun bawah tak da bukit, rupanya yang ni lagi panjang dan menegak je dah menunggu…bukit yg ke lima..tolak le Akmal Azmil..emak faham..sambil tolak boleh gak borak2..Azmil cakap mak lori pun guna gear satu..kita lagi la..hahaha…ingat satu hari ,umur panjang ada rezki..datang balik sini..jajah bukit ni semua…tampa tolakan..ingat pesan mak tu…akhirnya kami masuk ke kg Ngor dan kg Kuak dan terus ke Highway dalam 2km sebelum masuk ke simpang Tasik Raban

 Tak sampai hati nak biarkan mereka tolak sendiri...saya pun turun dan tolak untuk beri moral support..





Jln lurus dan rata dalam 5km.Akmal dan Azmil sempat berposing dengan latar belakang pemandangan kampung yg indah...

Kami sempat menikmati buah rambutan ..sedapnya..ranum,lengkang manis….buat basah tekak..lepas ni masuk high way 2km.Akmal tu tengah menikmati hotdog..emm sedapnya..laparnya


Dah kenyang makan rambutan..kita sambung lagi perjalanan dah tak jauh 10km lagi..jam dah pukul 12 tengahari.Laluan highway ni tak lama tak sampai 2 km kami dah masuk ke jalan kampong semula..Masuk ke kampong Kuak singgah kedai beli battery untuk camera..sambil2 tu penduduk kampong yang lalu dekat kami …kami bagi salam..dan seronok makcik2 dan pakcik2 tu bila kami tegur..dia orang pun mula tanya dr mana kayuh ni?..Kami dari Kuala Lumpur…uhh jauh tu..tak kami kayuh dari Kuala Kangsar…uhh..jauh gak tu…hehehe



Azmil sibuk dalam kedai nak cari barang makan..last2 dia nak chewing gum…abah tak kasi…huhuhu.. tak mendatangkan tenaga..Kami kayuh dalam 3km dah nampak signboard Tasik Raban..punyalah seronok..Akmal dan Azmil…rasa lega dah habis siksa rasanya ..agaknya….
Rata2 penduduk kampung teramat lah mesra dengan kami...sambil bertegur sapa bartanyakan kami dari mana...kayuh kuat2 katanya...bagus buat senaman.. Setiap makcik dan pakcik yang kami jumpa pasti kami beri salam sambil melambai dan mereka pun balas semula...best rasanya... 


Dan akhirnya..dah sampai…yeaa…



Kami terus ke restoran yang terdekat untuk melepaskan penat dan berehat sebentar sambil minum2 saja..











Pukul 1.45 tengahari kami selesai dan bergerak ke resort Tasik Raban untuk check in. Akmal dan Azmil betul2 seronok bila dah tiba di distinasi yang dirancang…tiba2 Azmil Tanya..kita nak kemana lagi..huh.. tak penat lagi ke budak ni?Kita orang nak gi main taman mainan boleh? Laillahaillallah…mana datang tenaga dia orang ni…tak boleh…kita nak kayuh lagi 6km..huh lum sampai ke? Akmal Tanya..Belum…Distinasi keTasik Raban 50km dan kami dalam perancangan nak ke Lata Kekabu juga...




Kami  ke lobi receptionist untuk letak barang dulu selepas tu kami keluar menghala ke Restoran Tasik Raban sejauh lebih kurang 3km dari resort tersebut.





Dalam perjalanan ke Restoran Tasik Raban..ini lah yang paling mencabar sebab anakanda ku Akmal Fikri dah macam give up je..jalannya tak la berbukit sangat tapi dia dah terlalu penat..jadi apa yang dapat aku lakukan..setiap 500meter kami berhenti..bagi dia rehat 10 min....hehehe..nasib baik dia nak buat... manakala Azmil pula dah masih kuat bertenaga...


Memang ikan bakar disini paling best ..kami ambil talapia bakar..memang berbaloi..Azmil tak nak makan..dia nak pergi mandi dah






Nak mandi di lata kekabu katanya…termasuk ni dah 3 kali kami sekeluarga makan disini..rasa ikan bakar berkuahnya sama je macam selalu..sedap.Ikan talapia tu langsung tak ada rasa lumpur..sedap ..so tepat jam 3 ptg kami bertolak ke Lata Kekabu 

 Perjalanan masuk ke Lata Kekabu pun berbukit2..tapi tak ada yang menolak maklumla semua dah kenyang


Sampai je tongkat basikal..kami berempat terus terjun dalam air..











Dah la kenyang panas badan memang berbaloi sangat jauh2 datang berkayuh ke sini..







Suasana tak ramai orang..yang ada askar buat latihan kat tepi hutan tu..best nya..jam 5.15 ptg kami beransur balik ke Tasik Raban..6km perjalanan..setiba di sana kami minum petang..makan roti canai.
 

Mak boleh main taman mainan..pergilah Azmil…ditepi tasik ni ada sewa bot kalau nak berkayak..adalah 5-6 gerai yang buka jual makanan dan minuman..kami tapau je untuk makan malam sebab fikirkan malas nak keluar lagi..lagi pun masing2 mesti dah kepenatan..jadi bungkus mee sup,mee goreng,nasi kicap telur goreng dan nasi goreng ayam..minum milo three in one dan air mineral…jadi lah tu..
 Nampaknya segala kepenatan tadi dah hilang dengan mandi di Lata Kekabu saja...mereka bertenaga semula..nampaknya ramai orang telah mula datang melawat kawasan Tasik Raban ni..duduk di tepi tasik sambil menghirup udara segarnya..Kami mulakan semula perjalanan ke Resort Tasik Raban hampir pukul 6.30pm ketika itu...














Bilik disini kebanyakannya berkembar dua..kami pilih 2 single..murah je rm90..boleh la untuk 4 orang..



Dari bilik kami dapat pemandangan yang cantik ,nyaman dan permai..kami . Lepas sembahyang mahgrib ..kami semua makan dan terus beradu kerana terlalu penat…tapi Akmal dan Azmil masih lagi bercerita tentang halangan2 dan kepayahan mereka siang tadi hingga terlena…esuk dalam minda mereka dah set nak kayuh lagi untuk pulang ke kereta..30km lagi..tapi melalui highway.
Perjalanan melalui highway dah di jangka tidak akan melalui banyak rintangan ..ia nya hanya melalui jalan yang sedikit berbukit dan turun bukit yang agak panjang…yang pasti akan lebih menyeronokan.Tahniah anak2 ku..Akmal dan Azmil telah mencapai sejauh 50km pada hari pertama..syabas..


No comments:

Post a Comment