Saturday, 5 January 2013

2011, Dis 2, HARI-6 Sisophon-Battambang[SIAM-CAMBODIA RIDE]


Saya bangun pukul 5 lagi hari ni, walaupun saya tidak berkayuh dan bas saya hanya akan bergerak pada pkl 8.30 pg, saya tetap bangkit awal. Tapi kali ini, saya tak menyiapkan beg pannier, tapi beg besar yang saya beli di sempadan Thai-Cambodia dihari itu.

Sarapan kami, tiada roti canai disini, cuma Cakoi dan kopi yang lazat

Kami bersarapan di kedai islam yang kami makan semalam. Ada cakoi dan jugak sup bihun. Dalam masa bersarapan, saya bertanya kepada tuanpunya restoran mengenai bas yang bertolak ke battambang. Dia sanggup membantu membeli tiket. Tapi sebenarnya bukan dia yang membelikan tikit, ada seorang lain yang datang membawa saya ke bas station. Saya rasa dia ini adalah kawan beliau. Selalunya sebagai orang islam di Cambodia, boleh dikatakan sebagai golongan minoriti, jadi mereka ini suka tolong menolong sesama mereka.

Bas sampai pukul 8 pagi dan basikal saya ditanggalkan tayar dan diletakkan di perut bas. 8.15 pagi bas bergerak. Saya lihat disini ramai budak2 lelaki dan perempuan dalam lingkungan belasan terpaksa berkerja, mungkin kerana sudah tidak bersekolah. Dan budak lelaki dlm lingkungan 13-15 thn sudah merokok.
Inilah pemandangan di Stesyen Bas Sisophon

Waffle dijual dari bas ke bas

Perjalanan ke batambang tidak lama, hanya lebih kurang 1 jam setengah saya sampai di battambang. Ada patung besar saya lihat di tengah round about. Bila tiba di Battambang, saya diturunkan di tepi jalan besar sahaja dan bukan nya di Stesyen Bas. Kelamkabut jugak dibuatnya, untuk mengeluarkan beg dan basikal berseorangan. Setelah memasang basikal saya, saya mula mencari mangsa untuk bertanya arah kedai basikal. Kebanyakkan org di Cambodia, tak reti berbahasa Inggeris. Agak sukar nak berhubung dgn mereka, walau bagaimanapun, saya dapat juga mencari 1-2 kedai yang boleh memasang jejari tetapi malangnya mereka tidak mempunyai sparepart.


Tugu di pintu bulatan di Battambang
Gerai membaiki motor di tepi jalan

Pengangkutan awam dan juga cara mereka mengangkut barang


Jadi dgn rasa agak kecewa, saya duduk di tepi sungai sambil minum air tebu. Saya terlihat 2 orang budak perempuan berpakaian sekolah, jadi saya bertanya, do you speak english? Yes I do, kata beliau... fuhh.... bila dengar orang cakap begitu, seolah2 macam dia boleh berbahasa melayu. Rupa2nya dia adalah seorang Islam dan tinggal di sebuah perkampungan Melayu Cham ditepi sungai lebihkurang 1 km dari Battambang. Seorang bernama Rani dan seorang lagi bernama Shima. Rani boleh berbahasa Melayu sikit2. Dia mempunyai seorang nenek yang tinggal di Kelantan.

Shima dan Rani, gadis Melayu Champa
Dalam pukul 2ptg, saya nampak Faiz,Acid dan Doc olmo berkayuh, tapi malangnya, mereka berada di seberang sana sungai. Saya terpaksa menjerit dan saya rasa Acid mendengar suara saya, kerana dia mengangkat tangan dan menunjuk ke depan. Tapi apabila saya mengejar mereka, mereka telah pun hilang dari pandangan. Alamak... saya telah kehilangan mereka.... Saya pun berpusing2 sekitar sungai itu untuk mencari mereka, tapi hampa. Setelah bosan mencari mereka, saya pun mengambil keputusan utk check in disebuah hotel bernama Yean Yean hotel yang ada wifi. Saya bercadang akan cuba berhubung dgn Acid melalui YM pada petang ataupun malam ini.

Setelah meletak beg, saya mendapat satu sms dari Faiz, rupa2nya mereka berada di hotel goldenland. Tetapi saya telah pun membayar bilik dgn berharga 10 usd. Dengan adanya info baru, saya bercadang utk ke hotel mereka selepas saya makan. Ada satu gerai halal berdekatan dgn hotel saya menginap disini, tapi budak perempuan yang menjaga nya tidak tahu bercakap inggeris. Tiap2 kali saya berkata sesuatu dalam bahasa inggeris, mereka mengetawakan saya. Jadi maharaja lawak pulak rasa nya. Tanpa mengendahkan mereka, saya mengambil nasi dengan sup macam rasa tomyam putih dan juga sayur campur. Saya meminta air pepsi, dan harga semuanya adalah 7000 riel. 

Makanan tengahari saya. Sungguh sedap, mungkin kerana lapar.
Setelah perut saya kenyang, saya pergi mencari tiket utk ke Siem Reap, oleh kerana gerai makan itu berdekatan dgn stesyen bas. Disini terdapat 2 cara ke Siem Reap, dgn boat berharga 20 usd, dan lagi satu dgn bas. Saya dapat berjumpa syarikat bas yang boleh membawa penumpang dan basikal sekali ke Siem Reap. Harganya 11 usd. Saya tidak membelinya lagi kerana saya ingin berbincang dgn kawan2 lain.

Saya bertanya kepada tuk tuk driver jika dia boleh membawa saya ke hotel golden land. Harganya 1 usd. Saya meninggalkan basikal saya di hotel saya dan menaiki tuk tuk. Malangnya mereka telah pun keluar. Dah tentu mereka bersiar2. Jadi saya tanya kepada tuk tuk driver jika dia boleh bawa saya bersiar2 di Battambang. Dia bersetuju dgn harga 5 usd.






Balik sekolah naik sampan




Tempat yang saya lawati adalah bamboo train station. Harga untuk menaiki bamboo train ini adalah 10 usd. Roda yang digunakan adalah roda kereta kebal, diletak atas platform buluh dan dijanakan dengan mesin rumput. Semua nya hanya di letak begitu sahaja, tanpa skru atau paku. Bamboo train ini telah menjadi satu tarikan pelancong di Battambang. Mereka melawa saya menaiki nya, tapi saya sebenarnya mencari kawan2 yang lain. Disini saya bertemu dgn seorang polis Cambodia yang pernah bekerja dgn pasukan Pengaman Malaysia. Dia begitu berminat dgn Malaysia dan kagum dgn Menara Petronas. "One day I will come to Malaysia and visit Petronas Tower" katanya.



Stesyen Bamboo train. Ianya sebenarnya stesyen keretapi lama.

Kemudian kami melalui sebuah kuil dan jugak kami ke sebuah rumah lama yang juga adalah satu tarikan pelancong. Cuaca dah mula gelab, jadi saya ajak driver tuk tuk itu ke hotel goldenland semula. Malangnya bila sampai disana, mereka masih lagi belum pulang. Jadi, kami pun ke Yean Yean hotel.

Pandangan dari dalam tuk tuk

Pintu gerbang kuil buddha
Dalam perjalanan pulang itu, kami berjumpa dgn Faiz. Dia dalam perjalanan ke bas station untuk membeli tiket ke Siem Reap. Secara kebetulan, kami bertemu hampir di hotel saya, jadi saya menyuruh Faiz meletak basikal di hotel yean yean, kemudian menaiki tuk tuk sahaja. Di kaunter tiket, mereka sudah tidak menerima lagi basikal kerena kekurangan tempat. Mungkin disebabkan Acid dan Dol Olmo telah menempahnya terlebih dahulu, jadi ruang barangan nya tiada lagi. Kami cuba mencari sebuah bas lain pula. Mujur masih ada lagi syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan bas ke Siem Reap. Harga penumpang dgn basikal adalah 7 usd. Oklah, lebih murah dari saya tanya tengahari tadi. Jadi kami pun menempah seorang satu tiket.

Kami makan di sebuah restoran vegeterian dan selepas itu, saya pulang kehotel untuk membasuh baju dan chatting dan isteri. Saya tidur agak lewat kerana menulis journal saya setelah semalam saya tak berpeluang melakukan nya.



No comments:

Post a Comment