Kami sarapan dgn kopi dan roti, Harganya 100 baht seorang, Semalam, kami makan nasi dgn vege, berharga 430 baht, untuk berdua. Dalam keretapi, makanan yang di jual memang agak mahal, sama juga seperti didalam keretapi Malaysia. Tapi oleh kerana kami langsung tak bawa bekalan makan, disebabkan beg kami yang agak berat, jadi kami beli aje makanan didalam keretapi. Perjalanan pagi agak membosankan, pemandangannya lebihkurang sama sahaja sehingga lah kami tiba selepas nakhon pathom. Kami dapat melihat kesan2 banjir yng berlaku disana. Masih banyak lagi rumah yang ditengelami air. Dan rata2 kami perhatikan, setiap rumah mempunyai bot untuk mereka bergerak.
Pada pukul 12.40, kami tiba di Hualampong Station, tepat seperti dijadual. Tiba aje disana, saya dan Faiz bertungkus lumus mengeluarkan barang2 kami. Kemudian kami bergerak dari platform ke kawasan tiket. Mujur hari ini ini orang tak ramai, dan senang kami mencari Acid dan abangnya. Oleh kerana kami kelaparan, kami meminta Acid menguruskan tiket dan basikal kami sementara kami pegi mencari makan. Ada satu gerai makanan halal distesyen ini. Saya memakan nasi goreng yang berharga 50 baht. Setelah kenyang, kami pun pergi keplatform keretapi dan memasang basikal kami. Ramai jugak orang datang dan bertanya pada kami dalam bahasa thai. Tak tahulah apa yang ditanya oleh mereka. Saya cuma katakan`malaysia`, maka mereka pun beredar.
Walaupun keretapi ke Chacheongsao bergerak pada pkl 3.25, tetapi keretapi telah pun berada di platform 6 seawal 1.30 tengahari. Keretapi ini, adalah seperti komuter di Malaysia, tetapi bezanya penumpang nya membawa berbagai macam barangan didalam keretapi dan 4 biji basikal dalam keretapi bukanlah sesuatu yang pelik untuk mereka. Kami agak cuak jugak, kerana kami tak pasti berapa jauh station Chacheongsao dari Bangkok. Saya pun bertanya pada penumpang di hadapan saya `can speak english?`. Dia mengeleng kepala, saya cakap `chacheongsao, where?`. Seorang tua di kerusi lain sebelah saya, berkata, “3-4 station”. Ohh.. bagus.. ada jugak orang boleh berbahasa inggeris disini. Rupa nya dia sering ke Malaysia dan dia adalah seorang berketurunan cina berasal dari Patani. Dgn pertolongan dia, dapat lah kami mengetahui stesyen mana satu yang kami patut turun
Setelah basikal kami bersedia dgn beg2 kami, kami pun menuju ke sebuah rest house dimana setiap chalet berharga cuma 400 baht. Oklah, bersih, ada aircond dan tv. Malamnya kami mencari kedai yang diberitahu oleh cina tua didalam keretapi tadi. Agak sukar jugak untuk mencari kedai yang dimaksudkan. Kami jumpa sebuah masjid, dan di sebelahnya terdapat sebuah kedai, tapi malangnya, kedai itu sudah pun tutup. Kami bertanya kepada orang ramai yang berada di depan Seven Eleven, tetapi kebanyakkan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, nasib kami baik sebab kami dapat juga berjumpa dgn seseorang yang boleh berbahasa inggeris, dan dia menunjukkan arah kedai makan itu. Kedai yang dimaksudkan adalah disebelah stesyen minyak shell. Nasi disediakan adalah nasi ayam. Lazat jugak. Utk 4 orang makan berharga 190 baht.
Kemudian
kami mencari kedai minuman yang mempunyai wifi, kerana Acid ingin membaca email
dan jugak melayari facebook agaknya. Bagi saya, saya lebih senang menggunakan
phone saya kerana boleh email dimana2 asalkan ada line talipon. Dalam pencarian
kami, kami dapat jugak melawat bandar ini, terdapat satu dataran ditepi sungai
dimana ramai orang sedang bersantai,nama tempat ini adalah Chalong Sinrat
Sombat Park dan dikawasan ini terdapat satu geleri photo outdoor. Ok jugak,
ramai orang mengunjungi nya. Kami sempat bergambar dan melawat galeri ini.
Bagus jugak idea mereka membawa galeri gambar di outdoor supaya lebih ramai org
dapat menghargai seni photography selain dari ianya menjadi tarikan pelancong.
Selepas
puas kami melihat2 pameran disitu, kami mula bergerak lagi, kali ini kami
singgah di 7/11 untuk membeli air yang akan di bawa esuk. Di Thailand, terdapat
banyak 7/11, kalau hendak mencari roti, ataupun air, senang sahaja, Cuma pergi
ke 7/11, segalanya ada. Tapi kena berhati2 jika ingin membeli roti, kerana
disini terdapat banyak roti berdaging khinzir. Di 7/11 ini kami bertemu dgn
seorang budak yang belajar di Universiti disini. Dia berasal dari Yala dan
sudah tentunya pandai berbahasa Melayu. Kami bertanya dimana kami boleh
mendapatkan kedai yang mempunyai wifi. Dia menyarankan kami supaya pergi ke
jalan menuju ke Universiti kerana disitu terdapat banyak kedai yang mempunyai
wifi.
Dengan
tunjuk arah yang diberikan, barulah kami bertemu satu kedai kopi yang mempunyai
wifi. Sedang kami ber wifi, tiba2 takda internet, rupa2nya kedai itu menutup
internet kerana sudah waktu dia menutup kedai. Sempat saya upload 2 gambar ke
FB saya., selepas itu kami pun pulang ke chalet kami untuk tidur kerana esuknya journey kami ke Cambodia akan bermula.
No comments:
Post a Comment