Alhamdulillah tarikh 8 Julai 2012 satu lagi hari kami akan mencipta sejarah untuk cycling trip.Pagi tu selepas sembahyang Subuh kami dah bangun dan membuat persediaan untuk hari ini.
Berkali2 saya memperingatkan kepada kedua2 anak saya tanamkan dalam hati dan fikiran yang kita akan berkayuh sejauh 32km untuk tiba balik ke kereta di rumah Yoep..
Mereka seperti faham yang ibunya cuba tanamkan semangat pada mereka...
Kami sarapan pagi di restoran semalam masing2 makan roti canai..dan mula kayuh jam 8.15pg..Sebelum memulakan perjalanan..kami sempat bergambar kenangan didepan gerai makan tersebut...
Rintangan pertama ada lah Jambatan Raja Muda Nazrin
Kemudian
kami terus berkayuh jalan sekejap rata sekejap bukit sekejap turun
bukit…wee..seronok bila turun bukit di highway ni sebab jarak nya agak
panjang..tapi yang bahaya sedikit..kenderaan lain kereta dan sebagai nya semua
laju2 belaka..tapi Akmal dan Azmil di beritahu acap kali supaya ketepi jalan
rumput.
Setiap 5km
kami berhenti untuk rehat ambil angin dan minum air sebentar…
Kami ada 20
km perjalanan di highway ni sebelum kami masuk ke jalan kampong semula iaitu di
Kati…dan cuaca amat menyebelahi kami ..tak terlalu panas .Kami target 2 jam
kami akan tiba di simpang tersebut..ini untuk mengelakkan diri dari panas
matahari di highway..sebenarnya terik matahari adalah cabaran di
sini…alhamdulillah kami tak tempuhinya…
Hampir jam
9.45 kami telah tiba di Kati..bermakna 10km lagi akan tiba semula ke Kg Jemuan
Kuala Kangsar..masuk saja disimpang Kati kami berhenti lagi untuk sarapan pagi
kali kedua..hehehe
Kami semua
makan nasi lemak….akhirnya dapat juga kami nasi lemak bungkus.Azmil dan Akmal
berselera makan …Cuma emaknya kurang berselera sebab sakit gigi tak habis
lagi..Yang benarnya saya sakit gigi...sejak semalam lagi...tunggu kena cabut jer gigi tu.. maka habis pain killer saya telan...nak menahan kayuhan..ni..alhamdulillah..sampai kl selesai sakit tu..
Selepas
sejam kemudian kami pun meneruskan perjalanan yang hanya tinggal 8km saja
lagi..kami masuk jalan kampong ..yang nyaman dan redup..melalui pekan2 kecil…Gambar diatas kami lalui sebuah jambatan lama yang dibuat dari kayu..tapi sebelah..dan sebelahnya telah dibuat jalan bertar..
Sehingga
suatu tempat kami berhenti untuk menikmati buah durian juga..seronoknya makan
durian kampong..sedapnya lain…emm..
Kami cuma
beli sebiji dan makan disitu juga dengan harga rm4 saja..kalau la ada bawa
kereta..selepas 30 minit kami sambung semula perjalanan yang hanya tinggal
kurang dari 4km saja dan waktu pada masa tu baru hampir pukul 11 pagi.
Kami
singgah lagi di dalam pondok untuk berehat dan berbual tentang pengalaman
semalam..tak habis habis dan rancangan untuk masa akan datang..Aj ada cadangkan
untuk berkayuh dari Tampin ke Segamat..tidur semalam diGemas dan sambung ke
Segamat keesukan harinya…sejauh 80km juga..
Selepas
berehat selama 10 minit kami sambung perjalanan..Jalan telah mula panas..dan
kami telah hampir ke Jemuan..
Tak sangka dalam perjalanan menghampiri Kg Jemuan ..sebuah kereta telah menahan kami ditepi jalan...tengok2..owh..Yeop Mat Isa rupanya...sepupu kami...dia sungguh terharu dan beria2 memberi kata semangat pada kami..
Saat2
gembira anak2 ku Akmal dan Azmil bila tiba kembali ke kereta kami..Setelah apa
yang kami lalui..pengalaman yang kami timba..nampaknya..anak2 ku..cukup seronok
dengan pengembaraan ni..Tahniah duhai anak2 ku..semangat kental,tolerensi dalam
semua susah payah yang dilalui..syabas..dan Alhamdulillah..
Apa yang boleh ditimba pada pengembaraan berbasikal pada kali ini ..83km yang cukup istemewa..jangan sekali2 biarkan anak2 kita dalam dilema untuk menghabiskan kayuhan mereka..banyak cara kita boleh pujuk mereka untuk menamatkan kayuhan.Cari lah tempat2 yang boleh mendatangkan semangat untuk mereka untuk terus berkayuh,jika mereka ingin tolak basikal biarkan..kita pun sama2 tolak.Jika mereka ingin rehat biarkan kita pun berehat..pendek kata kita terpaksa turut dengan kudrat mereka dan yang penting tanamkan dijiwa mereka berapa kilometer mereka harus lakukan untuk hari tersebut...insyaallah...mereka tak akan serik.. tahniah sekali lagi pada anak ku Akmal Fikri dan Azmil Fikri serta suami ku yang banyak membantu...begitu jua tahniah untuk diri ku sendiri..
Kita jumpa diepisod Kuala Gandah Ride 64km day trip......
waw best ye
ReplyDelete#D.A
terbaik...
ReplyDelete